Bisikan Nuraniku, Engkaulah Pilihanku

Assalamualaikum..


Bila masuk musim cuti sekolah, maka banyaklah undangan perkahwinan yang kita terima. Kawan-kawan aku pun ramai yang dah berumahtangga. Hebat mereka, kerana telah dipilih Allah untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. 

Seorang kenalan pernah memerliku begini:

"Kau janganlah memilih sangat bakal isteri kau tu"

"Err.. Kalau tak pilih, takkan aku nak petik je kan?" jawab aku dengan selamba.

Fitrahnya manusia inginkan teman hidup. Teman berbicara. Teman Berjenaka. Teman solat berjemaah. Teman dalam perjuangan. Teman dalam kesunyian. Teman dikala kesedihan. Begitulah lumrah manusia biasa. Begitu juga seperti diri ku ^_________^

Bila menulis bab calon, kita semua tahu pelbagai kategori yang akan manusia pilih. Tetapi pilihan paling baik itu adalah pilihan dari Allah. Saat cinta itu diberi, maka semuanya Allah mudahkan. (Walaupun tidak semestinya).

Pernah satu ketika dulu seorang sahabat pernah mencadangkan agar aku bertunang semasa belajar -_-" Realiti kehidupan semua orang tidak sama. Aku pernah berjumpa seorang ustaz (Boleh kata sheikh juga lah) Katanya, dia akan kahwinkan anaknya bila anaknya jika ingin berkahwin @ ada orang datang meminang. (Walaupun lepas SPM atau semasa belajar di IPT)

Tetapi, kebanyakkan daripada kita sudah terbiasa untuk mendirikan rumahtangga hanya selepas belajar (Ijazah sarjana muda terutamanya). Bagi kita mungkin pelik, tetapi tidak bagi sesetengah orang. Aku melihat senario berbeza bagi sahabat-sahabat yang belajar di luar negara. (Terutamanya timur tengah) Senario perkahwinan semasa belajar biasa bagi mereka. Berbeza di IPT di negara kita (Kecuali UIAM, mungkin). Sangat jarang melihat pelajar Diploma @ Degree yang berkahwin semasa belajar. (Mungkin faktor keluarga juga)

Kalau ada orang tanya aku inginkan calon yang bagaimana, aku akan jawab yang terbaik untuk anak-anakku. (alah, dah biasalah orang cakap :p ) Calon yang menjadi priority bagi aku adalah.... 

......Jika hidupnya miskin, aku harap dia tidak ghairah mengejar harta kekayaan.
......Jika hidupnya sederhana, aku harap dia tidak takut untuk hidup lebih susah.
......Jika hidupnya kaya (berada), aku harap dia zuhud dengan kekayaan yang ada.

Mungkin begitu diskripsi calon yang beragama sepertimana Nabi SAW beritahu. Siti Khadijah juga seorang wanita yang kaya, dan kekayaannya itu dapat memanfaatkan Islam serta persekitarannya. 

Tahniah diucapkan kepada Puan Mardhiya (Exco PPI 2007/ 08) bersama pasangannya yang telah melansungkan perkahwinan di Ampang Jaya dan Hafiz (Kawan semasa main pondok-pondok) bersama pasangannya pula melansungkan perkahwinannya di Telok Panglima Garang.

Bulan disember adalah bulan bertuah untuk diriku. Sebab besday aku lah (woha! dapat hadiah). Beberapa tahun lagi akan menjangkau 3 series. Insha Allah, dipermudahkan segala impian. Alhamdulillah.. 

M.A.M
Single and Available (:

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...