Hadiah Hari Lahir ku.. "Tribute to Ummu Hani" Al-Fatihah
Aku memang tak pernah kenal siapa Ummu Hani, tapi melalui karya Novel yang dibaca (oh, tetibe macam jadi novelis pulak) sedikit sebanyak ia mengetengahkan Isu yang benar-benar terjadi dihadapan kita. Ianya mungkin tidak dilalui oleh kamu. Aku yakin, bagi mereka yang mempunyai saudara yang dalam kategori OKU (Orang Kehebatan Upaya) merasai bagaimana tersisihnya mereka dikalangan masyarakat.
Dalam cerita ini, mungkin tidak memfokuskan pada ujian yang telah dihadapi oleh Ummu Hani. Hanya beberapa babak yang menunjukkan Ummu Hani di sisih oleh sahabat karibnya dan Ibu kepada Irfan. Nikmat mata yang diberi oelh Allah selama 17 tahun, tiba-tiba menjadi gelap. Jika kita yang terima, Bagaimana? Bersediakah kita? Bersyukurkah kita? Aku rasa keluarga Ummu Hani pasti merasa bersyukur dengan apa yang telah dilalui oleh Ummu Hani.
Bagi aku, pembentukkan masyarakat perlu dari rumah. Ya! wajib dari rumah. Sila bayangkan kamu sebagai Ibubapa lantas mendidik anak-anak kamu supaya menghormati insan OKU ini, aku pasti anak-anak muda yang lahir nanti, akan mempunyai jiwa dan perasaan kasih pada mereka (OKU).
Kisah 1
Seorang sahabat dari Singapore, pernah berkongsi pengalaman dia. Dia tertarik melihat tanggungjawab seorang lelaki yang menjaga adiknya yang buta. Hantarnya pergi dan pulang dari sekolah. Cuma aku tak dapat cerita ini dengan lebih terperinci saja. Kali terakhir aku mendengar khabar adiknya telah berkahwin, semoga Insan hebat menjaga dia sebaik Abang dia menjaganya.
Kisah 2
Ada seorang OKU lagi, namanya adik Irfan (berumur 14 tahun, 2012). Kaki dia ada masalah otot lemah. Kaki terlipat sejak kecil lagi. Pada mulanya hanya berkenalan seperti biasa saja dengan Ibubapa mereka (Ibunya seorang cikgu), selepas itu aku cuba bagi percuma Susu Kambing (Import dari Ayah Angkatku di Yokyakarta). Mungkin satu keajaiban, selepas sebulan dia amalkan, dia mampu berjalan dan berdiri (tetapi tetap lemah). Aku berkata pada Ibunya, Mungkin faktor lain juga. Tetapi Ibunya terus ambil stok susu kambing yang aku ada.
Tapi apa yang ingin aku kongsikan kat sini, adik Irfan sangat teringin untuk pergi ke Mekah. Ibunya juga selalu galakkan Irfan untuk hafaz Quran dan dia memang telah menghafaz beberapa Juz (Irfan tidak sekolah sejak kecil, hanya Ibunya yang mengajar & Ustazah khas untuk kelas mengaji). Ibunya selalu cakap pada Irfan, "Kalau nak ke Mekah, Irfan kena boleh berjalan". Kadang-kadang, Irfan juga bertindak memukul otot kakinya (seperti berkomunikasi dengan kakinya). Kata Irfan, dia selalu cakap, "Kaki bila ko nak kuat ni. Bila ko boleh berjalan ni. Begitulah rintihan adik Irfan. Aku yang dengar macam tu pun macam nak nangis jer. Orang yang tak boleh berjalan selalu fikir nak berjalan untuk ke Mekah. Kita yang boleh berjalan ni pun tak puas jalan-jalan cari makan -_-"
Cabaran yang di tanggung bukanlah pada adik Irfan, tetapi pada kedua Ibubapanya. Bagi aku mereka sangat hebat! Kalau aku di uji sebegitu, belum tentu aku sekuat mereka. Hmm...~
MAM
"Buatlah sesuatu yang bermanfaat biarpun kita telah tiada"
#Sebuah karya Dimanakah Daku Untuk-Mu
How to get to Betway Casino in Bangalore with free bet bonus
ReplyDeleteA 강원도 출장샵 minimum deposit is Rs. 25. 세종특별자치 출장안마 Betway Casino will deposit 서귀포 출장안마 Rs. 10,000 to your account. 나주 출장마사지 The bonus will be in the form of cash and 광주광역 출장안마 the maximum withdrawal is