Hasbunallah wa ni’mal wakil

Assalamualaikum,

Bulan November & Disember 2012 merupakan bulan yang tragis pada penduduk GAZA, Palestin. Biarpun mereka di Uji dengan pelbagai rintangan, namun masyarakat Dunia tetap bersama mereka. Video ni aku buat khusus untuk GAZA. (Semoga aku pun dapat ke sana satu hari nanti, InshaAllah) Video ni aku gabungkan video asal dari Yoga & Ajeng Kurnia dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di GAZA. Walaupun bait-bait liriknya ni, sebuah doa dan nasihat yang bersaifat umum kepada kita.

Sebenarnya aku nak gabungkan video asal ni dengan sebuah video orang buta yang ingin pergi Solat & mengaji Al-Quran (Pernah popular di FB & uTiub). Sesuai juga kalau digabung dengan filem "Hafalan Sholat Delisa". Liriknya cukup menyentuh hati-hati manusia yang mudah tersentuh dengan kesusahan oleh orang lain. Cuma bila lagu ni menjadi salah sebuah lagu di dalam Program TV Al-Hijrah, Malam Demi Palestin pada 23/12/2012 yang lalu.

Yoga Al-Ghazali & Ajeng Kurnia Fajrin
Hanya sekadar sumbangan video ini yang mampu aku berikan kepada saudara seakidahku di bumi GAZA. Biarpun video asal dinyanyikan oleh Saudara Yoga Al-Ghazali & Ajeng Kurnia, semoga semuanya diterima ganjaran oleh Allah.

Hayati video ini, sepenuh hati ya! :)

00.00 - 00.17 saat - Kawasan Palestin di Bom
00.35 - 01.00 minit - Penduduk Palestin berlari bertempiaran
01.00 - 01.15 minit - Bom Fosforus yang di lancarkan oleh Zionis ke atas Sekolah di Palestin
01.55 - 02.05 minit - Keadaan huru-hara di sekitar persekolahan anak-anak Palestin
02.41 - 02.50 minit - Kasih sayang seorang Lelaki yang memberikan penutup mulut kepada Wanita. (Mungkin Isteri)
03.05 - 03.59 minit - Serangan terkena pada kanak-kanak Palestin.
04.06 - 04.13 minit - Derita yang berlaku kepada kanak-kanak Palestin
04.18 - 04.32 minit - Hulurkan bantuan anda kepada mereka :)


Video ni bukan aku yang susun. Aku hanya menggabungkan Video Palestin ini dengan Video asal Yoga Al Ghazali & Ajeng Kurnia. Video asal korang boleh klik di Youtube.com/MediaNetworkSharing. Video yang asal mungkin mereka juga menggabungkan dari pelbagai sumber. Apapun, moga ada ganjaran bagi mereka yang mengambil video yang berlaku di GAZA, Palestin.

Idea asal aku nak gabungkan video Bro Afdlin Shauki (Mata Kecil ku), Ust. Azhar Idrus (Derita kita, Derita GAZA) dan Ust. Dr. Asri (Tazkirah Hasbunallah wa ni’mal wakil). Tapi mungkin panjang sangat korang nak tengok :)

#Logo Khat Kufi tu adalah Logo Assyafi

MAM
Ujian mungkin membuatkan kita terbeban, tetapi sedarlah bahawa ia boleh menjadi ringan seandainya.... Cukuplah Allah & Rasul untuk ku... Hasbunallah wa ni’mal wakil :)

#Sebuah karya Dimanakah Daku Untuk-Mu

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...