Penafian

Assalamualaikum.

Kalau ada artikel-artikel sebelum ini yang menyinggung mana-mana pihak, aku mohon maaf. Mohon beri penjelasan bahagian artikel mana yang menyinggung anda itu. Jika ada artikel berkaitan Agama yang tidak betul, sila beri tunjuk ajar dan berikan penjelasan dengan lebih murni.

Jika ada artikel berkaitan kesihatan, sila dapatkan nasihat sewajarnya daripada Doktor peribadi anda sebelum menerima apa jua info berkaitan kesihatan. Jika ada nasihat atau pandangan mengenai Herba, itu mungkin dari pengalaman aku sendiri atau pengalaman orang lain yang telah mengamalkannya. Jika ada kajian saintifik, mohon kongsikan kepada pembaca disini :)

Jika terdapat mana-mana artikel yang menunjukkan kesombongan dan riak, aku mohon maaf sangat-sangat. Aku cuba untuk berkongsi yang mana mampu sahaja. Ada beberapa perkara (didalam bahan bacaan) yang mungkin menjadi kekeliruan kerana bahan yang disampaikan tidak sempurna demi menjaga hak privasi orang lain. Boleh tanyakan secara peribadi pada diri aku sendiri ya :)

Terima kasih. Salam & Sayang ^_^

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...