Kambing, Ar Rahnu & Pesantren

Assalamualaikum,

Entri ini di tulis pada 19hb mac 2013 yakni malam terakhir aku berada di Jogjakarta. Alhamdulillah beberapa objektif tercapai daripada travel kali ini. Beberapa perkara yang aku target pada travel kali ini adalah pembelian kambing jenis Ettawa. Selain itu aku juga ingin survey Ar Rahnu dan beberapa Pesantren di sini.

Mengenai kambing ni, bukanlah targetnya 100% adalah bisnes sahaja. Tapi lebih kepada Sunnah Nabi. Mungkin sekarang belum masanya untuk aku membina ternakan kambing sendiri, tetapi InshaAllah satu hari nanti aku teringin untuk membuat ladang ternakan sendiri di Malaysia. Jenis Ettawa adalah antara Baka kambing yang terbaik ♥

Ar Rahnu pula, setakat yang aku jumpa kebiasaannya memberi pinjaman pada kadar 85% untuk BK perhiasan dan 90% untuk Logam Mulia @ Dinar (Emas simpanan) daripada jumlah nilai semasa emas. Kadar upah tak jauh beza sangat dengan Malaysia. Tempoh pinjaman pula pada had 4 bulan dan boleh di tangguhkan lagi 4 bulan.

Berkenaan pesantren pula,aku memang niat mahu belajar di sini. Tapi selalu saja bimbang hal ehwal tugas kat Malaysia. Hmm, InshaAllah aku cuba susun jadual tugas lebih tersusun sebelum sambung S2. Agaknya bahang perkhwinan semakin terasa. Owhhhh.. Secara jujurnya aku masih single >_< Percayalah ♥ hEeee... Pintu hati masih belum bersedia untuk di buka sepenuhnya. Mungkin terbuka sedikit, tapi masih belum pasti. Bukan tak mahu bercinta, cuma harus hati-hati.

MAM
"Perjalanan dunia singkat, Akhirat itu lebih nikmat" Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...