Kemahiran kunci kemajuan

Assalamualaikum,

Kemahiran kunci kemajuan.....

Itulah lirik lagu sekolah aku dulu.. Di zaman 2002 - 2003, mungkin sesuai dengan fokusnya kepada Teknik & Vokasional.. Ilmu kemahiran mungkin di lihat jelek pada sesetengah belia mahupun Ibubapa ala Moden.  (sebahagiannya tidak juga)

Disaat ramai orang ingin bekerjaya ala Profesional itu, ilmu kemahiran ini sebenarnya boleh mencipta satu fenomena bisnes. Yub! Ianya bisnes yang sungguh menguntungkan. 

Contoh? 
Mudah saja, kalau fius rumah anda rosak, jika anda panggil orang lain pasangkan/ betulkan berapa bayaran akan di cas? Paling murah pun RM 70 untuk 1 fius. 1 berapa RM pula? haha.. RM 10 pun tak sampai... Nampak tak?

Kalau tak nampak jugak, okey cuba kita lihat iklan-iklan cuci air-cond di Taman-Taman perumahan. Berapa mereka cas? Paling kurang RM 90.. Biasanya RM 100 - RM 150.. Sekarang kalau rumah teres pun atleast 1 aircond di hall dan 1 aircond di bilik utama..

Satu hari cari 4 aircond untuk di cuci.. Kerja selama 20 hari.. (Selalunya aku jumpa orang macam ni banyak kerja/ projek lain yang dia buat) Ini harga basic, tidak termasuk isi gas.. 

Semestinya orang yang menjadikan kemahiran tulang empat keratnya sebagai bisnes mempunyai kelebihan daripada bisnes yang bersifat profesional. Kenapa? Kerana, bisnes yang bersifat profesional seperti lawyer firm/ auditor/ audit firm mempunyai price rate yang telah ditentukan oleh Badan Profesional mereka. 

Kalau price kontraktor ambil berapa pula? hehe.. Tanyalah depa.. Yang penting kerja seminggu pun boleh tampung kehidupan sebulan. Yang tak boleh tampung tu maybe boros kot... hehe (jangan marah)

MAM
"Kerjalah apapun, lebih penting ia bermanfaat untuk manusia dan mendekatkan kita dengan Allah"


Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...