Kaligrafi, GAZA & UPM

Assalamualaikum.

Peristiwa 1 : Kelas Khat Kaligrafi

Kelas yang sungguh Osem! Cikgu yang ajar tu Ustaz Muda... huhu.. Taklah muda, lingkungan 22-25 tahun macam tu. Apapun hasil tangan seninya membuatkan daku teruja (woha). Tangan seni memang lembut, tapi tak semestinya orangnya lembut. Hanya mungkin saja jiwanya yang lembut. (mungkin) hehe..

Sengaja ku memasuki kelas khat kaligrafi Islam ini sekadar mengasah kemahiran seni. Kali terakhir buat seni khat mungkin tahun 97 - 98. Sewaktu ambil SPRA. Tahu ke korang SPRA tu hapa? Sijil Penilaian Rendah Agama... huhu.. Seorang sahabat dari Singapore kongsi dengan aku, 'Seni adalah Kasih Sayang'... gluurrrpp.. Terkedu juga. Maklumlah, orang seni jiwanya memang berkasih sayang :)

Berikut adalah maklumat untuk korang tahu mengenai Kursus Jangka pendek (2 minggu). Mana tahu ada antara korang yang berminat. hehe..

Anjuran : Kolej RESTU (Yayasan Restu)

Peristiwa 2 : Rombongan ke GAZA

Ada iklan di FB Aqsa Syarif & Aman Palestin untuk Misi Solidariti Selamatkan GAZA. Sejak mengetahui sejarah Palestin dahulu, kisah kebangkitan dan kejatuhan Palestin, pernah juga 'berangan' untuk ke sana. Tapi tak tahu bagaimana. Tetapi, bila terlihat iklan ni, poket pula kosong -_-" Nak minta derma/ zakat, rasa macam tak layak saja. Hanya satu yang aku ada. Emas!. Tapi dengan kejatuhan sedikit harga Emas, menyukarkan sedikit untuk mengumpul dana ke GAZA. Kosnya sekitar RM 7500. Kira-kira 44+- gram Emas sahaja. 

Bila kumpul Emas, kita melihat nilai duit kertas terlalu kecil. 1 auns Kijang Emas saja Harganya RM 5500+- (31 gram). 1/2 auns Kijang Emas RM2400+-. Mungkin jika aku membuat Bidaan di grup-grup Emas membolehkan aku mendapatkan dana. In sha Allah, ada rezeki akan tiba juga ke GAZA. Mohon doa dari sahabat semua :')

Peristiwa 3 : Temuduga Pelajar Sarjana

29 Nov 2012 menjadi sejarah. Sesat di UPM untuk sesi temuduga Pelajar Sarjana di UPM. Aku mungkin memasuki satu bidang yang mungkin orang lain anggap baru. Untuk lulus ke peringkat seterusnya, sesi temuduga, mata bertemu mata dan hati bertaut hati diperlukan sebelum aku di tawarkan ke Program Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling di UPM untuk kemasukan sesi kedua 2012/ 2013. Jika berjaya, Alhamdulillah Impian 2013 tercapai juga. 

Penemuduga adalah Jamaludin Bin Ahmad (Prof. Madya, Dr.) dan Maznah bte Baba (Dr.). Temuduga kali ni rasa sangat Osem sebab sewaktu sesi berlansung, aku merasakan 2 insan hebat ini sekadar berbual biasa seperti seorang yang ingin mengenali hati budi masing-masing.

Antara perkara yang dibualkan adalah :

  1. Kenapa minat kaunseling? Bagaimana berubah fikiran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini? (First degree aku adalah BBA Human Resorce Management).
  2. Bagaimanakah kaunseling dapat membantu staf yang menghadapi masalah? (Soalan ini di tanya kerana bidang aku sebelum ini adalah Human Resorce)
  3. Bagaimana menjalankan program? Apakah input yang diberi? Bagaimana untuk mengetahui keberkesanan modul? (Aku jawab sepertimana yang aku buat dalam laporan kursus je.. hehe)
  4. Bagaimana proses Klinik Kaunseling kamu? Berapa bayaran yang di cas kepada klien? Siapa latar belakang klien? Bagaimana kamu mendapatkan klien? (Soalan ni ditanya kerana aku mengendalikan klinik kaunseling bersama kaunselor berdaftar. Jawapan paling Osem bila aku menjawab bayaran untuk sesi kaunseling adalah RM 100/ jam @ mengikut budi bicara kaunselor)
  5. Apakah kes yang sering diperoleh? Teknik apa yang digunakan? Teori apa yang sesuai? (Dengan rendah hati aku menjawab saya tidak pandai prof. dan saya ingin belajar lagi. Tetapi apa yang dikongsikan oleh kaunselor selepas sesi atau program, itu sajalah jawapan aku).
  6. Can you explain your self and what career you are doing now? (ohoo.. tetiba soalan English tiba. Oh! My English!.. Jawab macam biasa jelah)
  7. Lastly, apa perancangan tesis yang kamu ingin lakukan? (Soalan maut ni -_-" sebab tiada pengalaman buat tesis mengenai psikologi & kaunseling. Tapi waktu tu aku jawab spontan je yang aku ni berminat untuk mengkaji personality traits &  bagaimana aplikasinya dalam bentuk pemikiran, emosi dan tindakan seseorang.. Opss.. Rahsia kot tajuk tesis ni...huhu)
  8. Last sekali ucapan terakhirku memberi penghargaan kerana dapat bertemu dan bersua muka dengan 2 insan hebat ini. Idea & Ilmunya membuatkan aku rasa kerdil. (memang aku kecil pun. Nak harapkan pengalaman program-program sejak 2004 yang aku buat tu, tak setandinglah dengan mereka ni).
Peristiwa 4 : Konvensyen Pengubatan Islam Nusantara

Aku akan kongsikan Ilmunya selepas program konvensyen ini ya! :)

Psssttt : Dengan penuh pengharapan, aku mengharapkan dapat melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling. (mohon doa semua agar dipermudahkan dan lulus dengan cemerlang!... Berangan nak sambung pHD pula kat Ohio University. Kalau tak dapat boleh cuba kat Universitas Gadjamada.. Bisa berbisnis juga pak..hoho  >.< )

M.A.M
Satu kesusahan akan ada Dua kesenangan, Bukan cakap kosong, tapi sebuah pengalaman hitam pernah ku tempuhi. (Hayati dan fahami surah Al-Insyirah)


Oh, Osem!

Apa itu Kaunseling?

Kredit : Gambar oleh En. Aziz Yatim, Pensyarah Kaunseling, UPSI  (Cikgu saya juga)

Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional dan berdaftar bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan secara menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukanlah bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor akan cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien akan berkongsi masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau pemikiran tidak rasional.

Psssttt : Pelbagai definisi boleh ditemui. Apapun, ringkasan dari nota ini dapat memberi kefahaman yang sedikit kepada korang yang sudi membaca dan memahami :) Peace yo ^_^v

M.A.M
Manusia boleh hidup tanpa makanan, tapi manusia boleh mati tanpa Teman :)
(Boleh jadi kaunselor ni.. haha)

Oh, Osem!

Murtad : Antara Emosi & Realiti


MURTAD: ANTARA EMOSI DAN REALITIProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Murtad adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua”. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah: 217:
(maksudnya) “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)”.
Bahaya Fenomena Murtad
Murtad jika menjadi satu fenomena ia akan mengancam masyarakat muslim. Jika masyarakat itu telah membentuk negara muslim, ia akan mengancam identiti negara tersebut. Maka fenomena murtad sangat merbahaya serta boleh mencetuskan perubahan identiti atau maruah sesebuah negara muslim. Dalam masyarakat hari ini, kita menangkap dan mengambil tindakan kepada penyalahgunaan dadah. Walaupun mudarat langsung itu kelihatan berlaku kepada diri individu, namun jika ia menjadi arus, ia akan mengancam identiti dan keseimbangan sesebuah masyarakat. Maka tidak hairan apabila murtad menjadi gelombang yang mengancam kestabilan maka Abu Bakar mengambil tindakan memerangi mereka. Hakikat ini tidak wajar dipertikaikan oleh seorang muslim.
Berfikiran Terbuka
Namun dalam suasana sekarang ini, saya ingin mengajak persoalan ini dilihat luar dari sempadan emosi, tetapi atas kerangka tanggungjawab agama dan kepentingan umat. Langkah pencegahan ke arah murtad perlu dilakukan secara bersungguh. Ini sesuatu yang kita sepakati. Di samping sesuatu yang perlu kita tahu bahawa seseorang itu menjadi murtad apabila dia melanggar batasan akidah Islam secara sedar, faham dan tidak dipaksa. Sama ada perlanggaran itu dalam bentuk perkataan, atau perbuatan, atau keyakinan.
Apabila perlanggaran itu dilakukan seperti menghina Allah dan RasulNya, atau mengisytiharkan diri telah keluar atau ingin keluar dari Islam maka dia menjadi murtad. Kemurtadan ini tetap berlaku sama ada disahkan atau tidak disahkan oleh mana-mana pihak. Penyataan agama dalam kad pengenalan bukanlah penentu sebenar kepada hakikat akidah seseorang. Ia hanya untuk urusan kemasyarakatan atau pentadbiran.
Ini bererti sekiranya kita berjaya menahan seribu orang yang mengisytihar diri keluar dari Islam agar tidak dapat menukar agama kad pengenalannya, kita sebenarnya hanya menyimpan seribu orang murtad yang akan bertopeng dalam masyarakat muslim sahaja. Apa jadi, jika kad pengenalan itu dijadikan ukuran oleh beberapa pihak lalu berkahwinlah golongan murtad ini dengan orang-orang Islam yang sebenar?. Mereka juga mungkin menguasai instituti-institusi agama atas kebijaksanaan mereka dalam bidang tertentu, sedangkan mereka murtad. Akhirnya kita menyimpan barah yang amat merbahaya dalam tubuh umat. Maka sekadar pertahankan perubahan agama pada kad pengenalan semata, bukan satu kejayaan. Bahkan mungkin menjadi musibah jika berleluasa pada suatu hari nanti. Kejayaan yang sebenar adalah mengembalikan mereka kepangkuan Islam secara redha dan menghilangkan kekeliruan mereka mengenai agama ini.
Diperdaya Musuh
Berikutnya, kita jangan sampai diperdayakan oleh musuh dengan meletakkan angka murtad sehingga ratusan ribu. Walaupun ada, ia tidak sampai kepada angka tersebut. Jangan pula kita mudah menghukum orang lain murtad hanya atas khabar angin. Apakah kita ingin menghidupkan suasana kafir-mengkafir atas andaian semata. Perbuatan itu hanya memporak-perandakan masyarakat Islam.
Meletakkan angka yang sebesar itu hanya melancarkan agenda musuh-musuh Islam. Ia akan menyebabkan dunia menekan negara agar tidak mengabaikan hak jumlah manusia yang ratusan ribu itu. Lantas usaha ke arah murtad mendapat sokongan dunia luar. Kedua, meletakkan jumlah yang sedemikian besar, hanya akan mematahkan semangat mereka yang ingin menganut Islam dan usaha ke arah mengajak manusia kepada Islam. Alangkah malunya, ketika umat Islam Dunia Barat yang ditekan sedang giat dan berjaya mengislamkan saban hari jumlah begitu banyak penduduk Barat sedangkan kita kalut dengan cerita orang murtad. Padahal tidak ada kerajaan yang memberikan keistimewaan kepada Umat Islam di Barat. Apatah lagi perlembagaan yang boleh dikaitkan dengan Islam. Tiba-tiba dalam negara yang banyak masjid, ceramah agama di sana-sini, ada pejabat agama dan mufti, berbagai pertubuhan Islam wujud, perlembagaannya menyebut Islam, ustaz-ustaznya pun banyak duit ceramah yang telah dihasilkan, mufti-muftinya pun ramai yang berjenama mewah, slogan Islam pun banyak kedengaran di sana-sini, lalu kita isytiharkan ratusan ribu telah murtad. Sedangkan umat Islam Barat yang lebih mencabar keadaan mereka itu mengisytiharkan ratusan ribu yang menganut Islam. Bahkan begitu banyak gereja bertukar menjadi masjid. Padahal tidak ada mahkamah syariah pun di negara-negara tersebut. Namun mereka berdakwah dengan penuh amanah dan kesarjanaan. Lantas, manusia berbondong-bondong menganut Islam. Aduhai malangnya kita. Jika hal yang berlaku sebaliknya. Kalau begitu, barangkali elok sahaja kita pencenkan Menteri JAKIM, mufti-mufti kesemuanya dan yang sewaktu dengan mereka kerana ternyata gagal mempertahan dan menjelaskan Islam yang agung ini kepada umat.
Sebab
Kita juga hendaklah mengkaji sebab-sebab murtad di negara ini. Jangan hanya menuding jari ke pihak lain, tanpa melihat kepada diri kita sendiri. Jika kita teliti, ramai yang ingin meninggalkan Islam terdiri daripada mereka yang dahulunya beragama lain. Mereka menganut Islam kadang-kala disebabkan faktor perkahwinan. Apabila berlaku berlaku perceraian, mereka hilang tempat bergantung. Masyarakat Islam pula ramai yang kurang prihatin terhadap saudara baru. Lalu mereka tiada pilihan, terpaksa kembali kepada keluarga asal atau masyarakat yang lebih memahami mereka. Sebab itu, saya mencadangkan masjid cina. Antara sebabnya, membolehkan mereka bertemu dengan yang senasib atau yang lebih faham tentang diri mereka. Lalu berlaku bantu membantu. Juga proses pemahaman Islam lebih lancar dan mudah. Itupun ada yang membantah cadangan tersebut. Kononnya hendak jaga identiti melayu. Takut berpecah antara sesama Islam yang berlainan bangsa. Itulah andaian emosi tanpa satu kajian. Padahal, apa yang berlaku sekarang bukan sekadar berpecah, bahkan keluar agama!!!.
Baru-baru ini ada saudara baru yang minta hendak menganut Islam di hadapan saya. Katanya dia telah pergi ke pejabat agama sebuah negeri tetapi ditolak beberapa kali kerana lidahnya dapat menyebut ucapan syahadah dengan baik. Inilah sikap buruk sesetengah kita yang menghalang orang hendak menganut Islam. Barangkali kalau boleh bacaan tajwid orang yang hendak menganut Islam pun hendak diujinya. Islam dianuti bukan kerana kefasihan lidah, tetapi keyakinan dan akidah!!
Benteng Islam
Amatlah pelik, bagi agama yang indah, harmoni dan dipenuhi pula dengan hujah dan alasan, tiba-tiba ada pula yang tidak puas hati dengannya dan ingin meninggalkannya. Padahal saluran penerangan Islam begitu luas dalam negara ini. Sedangkan Islam sudah sempurna. Tidak ada masalah dengan inti kandungannya. Ia agama yang mampu dicabar. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 111:
Maksudnya: “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Bawalah bukti-bukti kamu itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
Apa yang tinggal untuk dipersoalkan adalah sikap penganutnya. Manusia lari meninggalkan Islam kerana sikap penganutnya atau huraian Islam yang salah. Bukan kerana Islam. Kita gagal membina benteng yang mampu mempertahankan Islam. Kita lebih suka menyalahkan orang lain apabila kita lemah. Saya ambil contoh dalam masalah Bible dalam bahasa melayu. Saya bukan ingin mengatakan dibolehkan atau tidak. Tetapi sehingga bila kita ingin menjerit dan membantah. Kita bimbang anak-anak kita terpengaruh dengan Bible jika ianya dalam bahasa melayu. Apakah kita tidak bimbang jika anak kita pandai bahasa Inggeris dan nanti dia boleh baca Bible dalam bahasa Inggeris pula?! Tidak inginkah pula kita mengharamkan bahasa Inggeris untuk anak-anak kita?! Apa pula yang hendak kita buat dengan internet yang seseorang mampu mendapatkan apa sahaja daripadanya. Apa kita kata jika kita dapati ada satu bangsa yang takut orang-orangnya diberi kesempatan membaca al-Quran terjemahan dalam bahasa mereka. Tentu kita akan kata; mereka takut sebab al-Quran itu benar. Demikianlah orang lain fikir tentang kitab mereka apabila dihalang. Sehingga bila kita mampu menghalang? Sepatutnya kita membina benteng ketahanan yang kuat. Lihat apa yang dibuat oleh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik dalam menjawab Bible. Orang menganut Islam apabila mendengar mereka membahaskan Bible. Huraikan Bible secara ilmiah dan buktikan kebenaran al-Quran dan Islam. Ustaz-ustaz mesti meningkatkan kemampuan menguasai bidang yang berbagai sesuai dengan tuntutan zaman. Bukan asyik kempen kismis dan air jampi sahaja. Kocek penuh, umat lari. Jawab segala tuduhan terhadap Islam dengan penuh wibawa dan ilmiah. Bukan emosi semata. Bahkan kalau perlu dihuraikan Das Kapital pun huraikanlah sekalipun dalam masjid. Namun apabila ceramah dan syarahan agama lebih banyak jenaka dan lawak ‘bodoh’ maka berbagai tohmahan terhadap Islam gagal ditangkis dengan mantap. Sedangkan al-Quran mengajar berbagai isi dan cara berdialog menghadapai Ahl al-Kitab. Antaranya Allah menyebutkan:
(maksudnya): “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah Kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut: 46).
Anak-anak kaum muslimin mustahil akan terpengaruh dengan Bible jika mereka membaca al-Quran. Ada yang kata: masalahnya mereka tidak baca al-Quran. Kita tanya; jika al-Quran pun mereka tidak minat baca, macam mana pulak mereka berminat membaca Bible?!! Atau barangkali di rumah mereka tidak ada al-Quran terjemahan? Ataupun mungkin juga cara al-Quran dihuraikan oleh sesetengah kita menjadikan orang salah faham atau tidak minat dengan al-Quran.
Apa yang penting, kita mesti bina ketahanan diri dalam kefahaman umat Islam di Malaysia ini. Sejauh manakah kita hendak bertahan dengan jeritan dan bantahan terhadap orang lain, jika kita sendiri lemah. Umat Islam di negara Barat tanpa berbagai keistimewaan seperti kita tetapi mampu menyebarkan Islam. Bahkan selepas 11 September, al-Quran dilaporkan begitu laris di pasaran mereka. Mengapa kita sebaliknya?
Hukuman
Ramai yang memperkatakan hukuman murtad. Saya tidak ingin melebarkan khilaf fuqaha di sini. Namun kita tidak melaksanakan langkah-langkah yang diperintahkan syarak sebelum menghukum orang murtad. Hasil dari nas-nas hadis dan amalan sahabah, para fuqaha menyatakan hendaklah orang murtad itu diberikan ruang perbincangan, dihilangkan kekeliruannya mengenai agama dan diajak bertaubat (lihat: Abd al-Halim ‘Uwais, Mausu’ah al-Fiqh al-Islami al-Mu’asir, 3/438).
Proses ini penting, sebelum kita sibuk memperkatakan tentang hukuman. Proses ini boleh dibuat oleh berbagai pihak. Tidak semesti memerlukan kuasa. Namun hanya sedikit yang melakukannya. Banyak perkara yang mengelirukan umat Islam pada zaman ini. Manusia mungkin murtad disebabkan kurangnya penjelasan yang meyakinkan. Sikap, tindakan dan penafsiran sesetengah pihak di kalangan umat Islam juga boleh menyebabkan orang bingung dengan Islam. Tiba-tiba apabila mereka murtad terus sahaja ada pihak yang memperkatakan tentang hukuman sebelum mendengar dan membuat penjelasan secara mantap dan adil, mana mungkin jiwa yang merdeka dapat menerimanya. Proses penerangan dan diolag tentang Islam dengan cara yang lebih terbuka dan berani patut dilakukan. Di negara lain, tokoh-tokoh umat Islam sudah lama mampu menyampaikan penerangan tentang Islam sehingga di gereja dan di berbagai saluran.
Hari ini tidak ada Abu Bakr yang mampu menolong kita. Apa yang patut kita fikirkan adalah membina ketahanan umat agar kukuh kefahamannya terhadap Islam. Pengukuhan itu tidak akan berlaku jika pihak yang menerangkan Islam itu sendiri rapuh kefahamannya dan menakutkan pula wataknya. Lebih penting isu murtad jangan dijadikan sebagai peluang untuk mempromosi diri, persatuan atau modal politik. Sebaliknya lihat ia sebagai tanggungjawab bersama yang mesti ditangani secara ilmiah, bukan sentimen.
DrMAZA.com
Oh, Osem!

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum..

Hari ini dalam sejarah. Eh, macam warta berita pula. Ya! Ini memang ada berita. 

Berita 1 : Election Negara YuEs di Menangi Obemma
Berita 2 : Sambutan Maal Hijrah (Awal Muharam)
Berita 3 : Palestin di serang Iserael Laknatullah.
Berita 4 : Kejatuhan sedikit Harga Emas.

Semuanya berlaku dalam minggu pertama dan kedua bulan November 2012. Jika November 2011 harga emas mencengkam langit, tapi kini, ia berada pada jajaran yang seimbang bagi penganalisis harga emas. Waktu begini memang sesuai untuk mengumpul stok-stok emas dan memberi Ilmu pada orang lain untuk menyimpan emas. Harga semasa emas di bawah adalah harga sewaktu aku mendaftar sebagai pengedar sah untuk menjual barang kemas dan emas sebagai simpanan jangka panjang bersama syarikat GCP. 


Oh, macam terlambat pula nak jadi pengedar sah. Bagi aku, istilah lambat atau cepat tidak penting. Yang penting, kita dah bersedia untuk memberi kefahaman pada orang lain berkenaan simpanan emas. Kalau nak cerita bab emas, budak tadika pun boleh faham, apa itu emas. (Cuma kalau bagi jenama Zhulian pun dia masih cakap itu emas).. hehe.. 

Kalau korang nak beli emas, boleh lah tengok link di bawah ni. Harga emas berubah setiap hari. Kalau confirm nak order, maklumkan kat aku dulu ye. Nanti boleh aku bagi harga kasih sayang... hehe..

pssstttt : Kalau sayang duit, simpanlah emas :) 
Oh, Osem!

Beli Dan Simpan Emas Sekarang (Nov 2012)

Assalamualaikum..

Setiap yang bermanfaat itu, akan memberimanfata kepada orang lain. Itupun jika anda bertindak untuk memberi manfaat pada orang lain. Jika tidak,hanya anda sahaja yang menerima manfaat pengetahuan ini..


Kuliah di sampaikan oleh Shiekh Imran Hossien

Pssssttt : Saya tiada simpanan wang sekarang -_-" Macam mana nak kawen ni? :(  (Nantikan tip-tip seterusnya) hihi

Oh, Osem!

Emas Pasca November 2012

Assalamualaikum.

Bahang election negara Yu-Es masih terasa. Aku taklah rasa sangat. haha.. Yang paling terasa adalah pelabur-pelebur saham atau emas di dunia. Semuanya gara-gara matawang fiat dan emas. Tidak dapat dipisahkan. "Jangan pisahkan, Aku dan dia... Tulan tolonglah ku cinta dia.. Biarkan kami tetap bersama, di dalam suka dan duka..." haha..  Kalau matawang fiat berduka, lantaklah.. Ianya hanya kertas.. Mungkin kualiti sikit daripada kertas A4 Double A.. hihihi... 

Harga Emas dijangka akan BooooMMM! pada awal 2013.. Tahun 2011, Jajaran nilainya meningkat. Secara kasar, ianya menaik-menurun-menaik-menaik-menaik. Tahun 2012 jajarannya tidak menentu. Secara kasar seperti menaik-menurun-menurun-menaik-menaik. (dah macam analisis kewangan pulak) hehe.. Perhatikan harga emas 10 tahun lepas dan study lah.. Korang pasti faham ^______^




Ni pula berita semasa. (copy-paste) saja. Base 1, Base 2 & Base 3 ni kalau faham lagi bagus >.<


By Rujun Shen, Reuters


(Reuters) - Gold traded little changed on Thursday below the 2-1/2-week high hit in the previous session after U.S. President Barack Obama was re-elected, as a strong dollar largely put off buyers.


Obama's re-election gave markets a boost by ending weeks of political uncertainty, but now investors have shifted their focus to the "fiscal cliff" looming over the world's bigg
est economy: nearly $600 billion tax hikes and spending cuts which, if left unchanged, will begin in early 2013 and possibly push the fragile U.S. economy into deep recession.

Worries about the fiscal cliff are supportive of safe-haven gold, but a strong dollar, which hit a two-month high against a basket of major currencies in the previous session, curbed bullion's gains by making it more expensive for buyers holding other currencies.

M.A.M
Manfaatkan Ilmu untuk insan lain >.<



Oh, Osem!

Logam Mulia (newbie only)

Assalamualaikum


Logam Mulia? ahaaakkk. Itu hanya sekadar istilah sahaja (Logam Mulia adalah istilah perkataan Emas yang digunakan di Indonesia. Selain tu dinamakan juga Logam Murni dan sebagainya). Sebenarnya nak cerita dan kongsi mengenai emas dengan korang. Memiliki emas bermakna anda telah mempunyai harta yang sebenar. Aku bukan menidakkan harta dalam bentuk wang/duit fiat. Tapi ia hanyalah sebuah kertas yang diperakui SAH dengan nilai sahaja. 

Artikel kali ni nak kongsi berkenaan jenis-jenis emas yang ada di dunia ni (ikut pengetahuan sendiri saja) huhu... 
  • Barang Kemas (Perhiasan Wanita)
  • Gold Coin
  • Gold Bar
  • Dinar

(Mungkin banyak lagi) Kesemuanya mempunyai fungsinya masing-masing. Ianya bergantung untuk apa korang menyimpan/ membeli emas tesebut. Samada menyimpan selama bertahun-tahun untuk mendapatkan laba keuntungan yang besar? ataupun membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi hanya dalam 1 minggu? ataupun membuat pairing untuk mendapatkan asset lain? ataupun membeli sebagai hadiah kepada yang tersayang? (kerana bimbang jika lambat beli, harga akan terus tinggi...Up..Up..Up)

Barang kemas.

Mempunyai pelbagai variasi dan design. Paling bertimbun di pasaran kedai emas. Lebih cantik lebih mahal (kerana kos upah). Kadangkala yang tidak cantik (designnya) harganya lebih mahal jika dileburkan berbanding barang kemas yang cantik berbatu permata. (yang sama berat per gram). Ketumpatan emas bermula 999, 995, 917, 916, 750, dan macam-macam lagi. (AWAS! Elakkan beli barang kemas emas putih. Baik korang beli silver 925 saja kalau mahu bergaya). Tapi selalunya ramai orang tunjuk-tunjuk, bila nak bertunang contohnya menggunakan emas putih (walaupun harganya murah sedikit dari emas kuning). Kalau nak beli juga, terpulanglah. Duit korang, bukan duit aku. haha...

Gold Coin.

Biasanya berkepadatan 999. Selalunya dijual dalam kiraan berat auns (Oz). Contoh paling mudah nak faham lihat Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Be.eNd.eM. dan dijual oleh MaiBeng (search: Kijang Emas). Selain tu ada juga Maple Leaf, Aust Nuggets, S'pore Lions, dan banyak lagi. Memang kaya lah orang yang dapat kumpul koleksi setiap negara.... huweeee~


Gold Bar.

Gold Bar ni macam jongkong. Selalunya ia mempunyai kepadatan 999. Kiraan berat dalam bentuk auns (Oz) dan gram. Lebih berat lebih besar bentuknya, tapi paling ringan adalah 1g. Bentuknya kecil/ comel/ Ringan/ Mudah hilang.. haha.. Gold Bar paling popular didunia adalah jenis PAMP. Selain tu ada juga Perth Mint, Poh Kong, KFH, Public Gold, Alliance Gold, Sri Ayu, Emas Kajang, GSR, GCP  dan macam-macam lagi ada. Gold Bar ni bagi aku sesuai juga sebagai asset jangka panjang. Beli - Simpan - Kepam bawah bantal.. haha.. 
Dinar.

Dinar ada 2 jenis. Jenis kepadatan emas 917 dan 999. Selalunya dinar ni digunakan untuk urusan jual-beli. Jika dinar 999, orang lebih suka jadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Ada banyak syarikat yang buat dinar. Dinar paling HOT mungkin dinar kelantan. Selain stok yang sentiasa ada, keperluan lain adalah digunakan untuk muamalah. Boleh beli tanah, kereta, rumah dengan dinar, pergi umrah/ haji. Bestkan? Dinar lain pun boleh juga untuk mualamah. 

Tamat Sudah....~

Itulah sebahagian emas yang ada. Mungkin banyak lagi jenis-jenis yang ada. Cuma kali ni perbincangan hanya terhad kepada jenis-jenis emas yang ada dipasaran. Kalau search Dr. Google, pastinya berjuta-juta list yang korang akan dapat. Pasti semuanya hebat-hebat belaka. Aku ni hanya bilis di lautan :)

Artikel akan datang mungkin boleh kongsi bab bagaimana cara nak manfaatkan emas-emas diatas. Semua jenis diatas aku dah dapatkan (Alhamdulillah). Cuma setiap jenis mempunyai peranannya masing-masing... huhu.. Sudi-sudilah follow blog dan twitter ok... Nak link dengan FB tunggulah Usia blog ni jadi remaja sikit.. hihi.. 

Yang penting, korang perlu faham adalah:-
  • Emas untuk pelaburan J/Panjang (lebih 5 tahun)
  • Emas untuk pelaburan J/Pendek (24 bulan)
  • Emas untuk Pairing with Other Asset.
  • Emas untuk Hal kecemasan.
  • Emas untuk Pendidikan Anak.
  • Emas untuk Kepelbagaian.

Yang belum dikongsi adalah:-
  • Spread harga emas.
  • Kepelbagaian manfaat jenis-jenis emas diatas.
  • Sejarah Matawang Fiat (Luangkan masa menonton video The Arrivals, WakeUP Project)
  • Kaitan Emas dan negara Yu-Es, Erropah & Isserrael.
  • Teori Ekonomi Kewangan (S=I) haha... Ingat ke lagi? :-P

psssstttt:

Kalau korang dah celik Emas, korang patut bersyukur kerana korang lebih faham awal berbanding aku dahulu. Dahulu aku tak berminat dengan emas kerana harganya yang mahal. Sekarang? lagi mahal! Mungkin beberapa manfaat emas dah aku lakukan, Alhamdulillah. Tapi yang paling penting, aku taklah rigid nak MINAT sampai gila dengan emas.

Moga Allah meletakkan dunia di tangan dan bukan di hati kita. Segala perkongsian adalah daripada apa yang telah dilalui... Dulu pernah saving duit YTN RM5k 2006-2009.. Masa tu kalau celik emas boleh dapat 50g.. Sekarang 2012, RM5k cuma dapat dalam 25-30g +- saja..

Info diatas sedikit-sebanyak mungkin ada bahagian yang Rahsia bagi penjual Emas. Just sharing with L.O.V.E for you >.<


M.A.M
Berubah hari ini, Untuk Perubahan masa hadapan >.< peace yo!
Oh, Osem!

Rapuh seketika, untuk Utuh selamanya

Assalamualaikum..



Artikel kali ini nak menghuraikan kenapa lagu RAPUH adalah lagu tema kalian. Lagu ini dituju khas buat adik-adik PPI 2012/ 2013 :') Secara jujurnya, Uzlah kalian kali ini memberi seribu pengertian buat diri yang terkenang saat 2007/ 2008. Terimalah sebuah bingkisan cerita yang dapat memberi makna.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Masih ingatkah lagi waktu mula-mula kita bersama PPI? Kadang-kadang kita join PPI pun kerana ikut-ikutan sahaja. (pada mulanya, tetapi lama kelamaan jiwa kita tetap setia bersama PPI). Mungkin juga kita mengidamkan jawatan dalam PPI. Mungkin juga kita nak join program-program Islamik. Mungkin juga kita nak tambahkan Ilmu-Ilmu agama yang sangat kurang pada diri kita. Bilamana kita telah berada didalam Saff, maka yang seterusnya adalah gerak kerja. 

Memang pasti akan berlaku konflik, rasa tidak puas hati, rasa kecewa, rasa lemah dan sebagainya. Itulah lukisan yang terlukis dalam perjuangan indah ini. Janganlah kalian mengimpikan sesuatu yang indah dan terlalu indah sehingga lupa pada perkara-perkara kecil. Mencari persamaan dalam perbezaan memang menyakitkan. 

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Sewaktu mula-mula kita diamanahkan untuk berada didalam saff pimpinan, terlalu banyak idea-idea baru yang ingin kita lontarkan. Adakalanya ia memang untuk Ummah (pelajar UNITEN) atau mungkin juga untuk kepentingan diri kita sendiri. PPI hadir didalam jiwa kita sebagai wadah untuk meneruskan legasi pimpinan terdahulu. PPI lah teman kita tatkala kita termenung memikirkan strategi. Hingga satu tahap, mungkin juga dikalangan kita tidak mampu memikul beban yang kita sendiri mahukan dahulu. Melepaskan bebanan itu kepada orang lain atau mungkin juga membiarkan sahaja sehingga mencemarkan nama baik PPI. 

Allah akan hadirkan insan-insan yang setia bersama PPI. Jiwanya bersama abang, kakak dan adik-adik PPI. Sehinggalah dia memberikan yang terbaik untuk PPI. Insan-insan ini mungkin berada dikalangan kalian. Mungkin sebagai MT, atau sebagai Exco. Jangan terkejut jika ada yang setia bersama PPI sebagai Ahli biasa sahaja! Mereka ingin aktif bersama kalian, tetapi mereka tidak mampu. Mungkin hanya sekadar AJK kecil di setiap program yang kalian laksanakan.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Memang adakala kita merasakan hubungan itu mudah RAPUH. Perjalanan kita semua tidak lagi utuh. Hinggalah kita rasa kecewa bersama PPI dan melebihkan kelab-kelab lain yang ada. Dalam kita merasa gembira bersama kawan di kelab-kelab lain, kita pasti akan terkenang yang lebih terindah bersama teman-teman didalam PPI. Kita akan terkenang yang kekurangan PPI itu adalah kerana diri kita sendiri (mungkin dahulu kita suka menyalahkan orang lain).

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Percaya dan yakinlah, akan ada dikalangan kalian yang Tahajud dan Doanya adalah untuk kebaikan PPI.  Akan ada dikalangan kalian yang menangis kekecewaan dalam PPI. Menyesal dengan perkara-perkara yang pernah dilakukan. Kelihatan baik dihadapan orang lain, tetapi gelap didalam diri mereka sendiri. Akan ada juga dikalangan kalian yang sering berdoa pada sahabat-sahabat yang berkonflik. Akan ada dikalangan kalian yang menjadi penawar disebalik keretakkan. Carilah mereka tatkala kalian merasakan sesuatu yang tidak enak. 

Bila ada rasa kecewa dengan saff ataupun dikalangan kita, yang akan berlaku adalah ada sesetengah daripada kita mula menjauhkan diri dengan aktiviti-aktiviti PPI. Atau kita sendiri bila berkonflik, maka kita pula hanya melihat dari jauh aktiviti PPI. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, kita sangat teringin nak sertai bersama mereka. Mungkin masa sahaja yang belum sesuai. Tapi saat itulah kita akan terkenang saat-saat indah kita bersama PPI. Hinggalah satu saat, kita akan berlapang dada, lalu memohon maaf pada mereka yang pernah berkonflik dengan kita. Bila? Akan tiba masanya. (mungkin hari-hari terkakhir anda di UNITEN Muadzam)

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Saat muktamar akan tiba untuk kalian. Saat kesedihan atau kegembiraan pada waktu itu hanya anda yang tahu. Sedih meninggalkan jawatan atau sedih kehilangan kawan. Kerana apa? kerana saat selepas ini, akan ramai yang berhijrah ke tempat lain (kelab lain) menimba Ilmu, mencari kuasa, mendapatkan sokongan atau masih setia bersama aktiviti PPI. Siapa yang akan ketahui? Kamu sendiri yang akan lihat lukisan yang kamu corakkan bersama teman-teman kamu. Mungkin kesibukkan (yang kamu cipta sendiri) sebagai Alasan untuk tidak terlibat lagi dengan aktiviti PPI. 

Hingga satu saat, kamu sudah bekerja. Kamu akan terkenang kembali lukisan terdahulu yang telah menjadi kenangan. (sandarkan pada kenangan..hehe). Saat itu, kamu komenlah di artikel ni eh :) itu pun kalau blog ni wujud lagi >.<

Inilah kenangan yang kalian ada ^______^



M.A.M
Rapuh seketika, untuk Utuh selamanya >.<


Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...