Sebuah Harapan

Sebuah Harapan

Menjadi Fitrah untuk setiap insan mempunyai Harapan. Harapan yang Hakiki adalah pengakhiran kehidupan yang khusnul khatimah :) Memulakan sesuatu daripada tiada kepada ada memang sukar. Namun, ia tidak mustahil. Antara harapan aku adalah ingin membuat Rumah Kebajikan Anak Yatim & Madrasah Tahfiz.

Alhamdulillah, aku sudah mendapatkan serba sedikit info-info untuk melaksanakan projek ini. Bagi aku, inilah projek yang terbesar daripada projek-projek perniagaan lain.

Aku sudah melihat contoh-contoh yang telah dibuat di Pesantren yang terletak di Yokyakarta dan Bekasi, Jakarta. Bagaimana survival mereka didalam meneruskan usaha dakwah. Jika aku buat sorang-sorang, mungkin memakan masa. Aku ingin Jemput dengan Hormatnya sahabat-sahabat UNITEN dan FB untuk membantu dari segi Idea, Kewangan, Sokongan, Tenaga Kerja dan sebagainya.

Aku yakin dan percaya, Sinergi dalam melaksanakan sesuatu, InshaAllah impactnya lebih berkesan! Proposal untuk melaksanakannya masih di dalam proses lagi. Gerak kerjanya mungkin mengambil masa sehingga 2015. Antara perkara yang perlu aku dapatkan adalah:
  1. Tanah untuk pembangunan.
  2. Design / Lukisan latar keseluruhan projek.
  3. Mudir Muda dikalangan Sahabat. (Ex-Al Azhar lebih baik)
  4. Pencarian Anak Yatim yang ingin belajar Tahfiaz.
Semuanya memerlukan Usaha. Usaha ini bukan aku seorang. Tetapi dari korang juga! Dan Projek ini bukan projek aku tetapi projek untuk Ummah. Ianya hanya Harapan aku sahaja. Konsep dan Teknik didalam pembelajaran masih didalam perbincangan dan penyelidikan. Sudah pasti ianya tidak sama dengan tempat lain. 

Bila bekerja dengan berjemaah ni, Allah pasti akan mudahkan.. Ya, Kan? :)

Semoga Allah mudahkan! ^_^

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...