Aku perlu memilih

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, febuari pula bakal meninggalkan kita atau kita pula yang bakal meninggalkan febuari ini? Moga ada sisa-sisa umur yang bermanfaat untuk kita lakukan. Pada minggu ketiga ini, Allah beri rezeki yang melimpah ruah, Alhamdulillah.


Mulanya, permohonan kemasukkan UPM yang sepatutnya pada Febuari 2013 ini yang telah di tangguhkan pada bulan September 2013, di terima semula pada bulan Febuari. Maksudnya, aku di tawarkan lah untuk menyambung pengajian Master pada bulan Febuari. Tetapi, aku minta Izin untuk tangguhkan pula pada bulan 9 kerana beberapa hal komitmen yang perlu dilangsaikan.

#Kalau dah sambung Master bulan febuari ni, mungkin target nak nikah bulan disember ni. Tapi ntah siapa calonnya pun tiada :)

Bukan tak mahu terus sambung Master, tapi jadual aku dah tetap dan jika aku meneruskan hajat untuk sambung Master juga, akan menjejaskan kelas pengajian Master aku nanti -_-" Dalam masa yang sama juga, ada pensyarah offer untuk sambung di UPSI pula ^_^

Dua pilihan yang berat. Dua-duanya terbaik. Dua-duanya mempunyai nilai tersendiri jika aku memilih UPM ataupun UPSI. Jika pilih A, maka itulah takdir yang perlu di tempuhi. Jika pilih B, maka inilah suratan takdir perlu aku jalani. Wah! Macam nak pilih jodoh pulak..hehe..

Apa-apa pun, aku perlu menyusun jadual lebih teratur lagi. Bulan 3 dan 5, jadual ke Jogja sudah confirm! Alhamdulillah, moga Allah mudahkan perjalanan pergi-pulang.

Siapa mahu ke Jogja? Sila angkat tangan! :) hehe...

Bulan Mac akan masuk beberapa hari lagi. Ini bermakna persiapan produk akhir Herba Mandian Assyafi perlu di pasarkan :) Baru nak pasarkan, dah ada orang call untuk jadi Agen! :) 

Resepi tersendiri, 
Warisan asli,  
InshaAllah jaminan berkualiti,
Hanya daripada kami :)

MAM
Kemahiran itu, apa yang kita ada tapi orang lain tiada. Sungguh mahal!

Oh, Osem!

Berlalu pergi Febuari ini

Assalamualaikum...

Lama juga tak menulis begini. Sengaja menyibukkan diri. haha.. Sebenarnya, aku sekarang sedang mengemaskini websiti syarikat. Sebab tu tak berapa nak fokus menulis dalam belog ni -_-" Website tu pun masih dalam meng-update artikel dan bahan yang sesuai. (klik untuk paparan lebih jelas)

Mohon untuk kongsikan pada semua orang yer :)


Bila lama tak update belog ni, tiba-tiba lak ada unique visitor... hoho.. (perasannya)..

Januari & Febuari ni memang agak sibuk. Merancang dan memulakan yang terbaik di awal tahun. Ada beberapa projek yang perlu dikemaskini. Jika ada kesempatan, inshaAllah akan launching pada tahun ini juga. InshaAllah.

Antara projek yang telah di finalize adalah:
  1. Website - 60% siap! 
  2. Herba Mandian (Resepi Nenek) - 50% siap!
  3. Travel ke Indonesia - dah 30% siap!
  4. Minyak Aromaterapi - 1% je siap haha..
  5. Borong produk dari Mesir - Masih dalam perbincangan.
  6. Kahwin? -_-" Allah dah sediakan, tak risau :)

---> Mac 2013
---> April 2013
---> Mei 2013

Pantas sungguh masa berlalu. Tak tahu sempat atau tidak kita mendahuluinya. 

Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...