My Heart - PPI Selamanya

Assalamualaikum...

di sini kau dan akuterbiasa bersamamenjalani kasih sayangbahagia ku dengan mu

pernahkah kau memintahari paling indahku ukir nama kita berduadi sini surga kita (PPI)

bila kita mencintai yang lainmungkin kah hati ini akan tegarsebisa mungkin tak akan pernahsayang ku akan hilang
Bila dengar saja lagu My Heart, orang akan berfikir tentang cinta. (memanglah, sebab lagu tu pun OST cerita cinta dari Indonesia). Aku bukan nak sibuk-sibuk cerita bab cintan-cintun ni (hehe.. bukan kecewa okey). Tapi sebenarnya, ia sebuah perkongsian, ia sebuah cerita kasih sayang antara mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah adik-adik PPI UNITEN, KSHAS.
Spesial (bahasa Indonesia) betul mereka ni. (hehe). Memang spesial kerana ini adalah Uzlah PPI atau Program rasminya Tamrin Qiady '12 yang julung kalinya dilaksanakan diluar UNITEN. Antara pengisian aktiviti untuk mereka adalah:-
1) Taaruf dengan kasih sayang :)2) Psikologi Gaya Pemikiran3) Psikologi Personaliti Diri4) Team-Building5) Jati Diri & Gaya Kepimpinan6) Public Speaking7) Psikologi Komunikasi Berkesan
Ini sebagai pengisian wajib. Aktiviti lain adalah 'enegizer' bagi membentuk tim PPI yang lebih MANTAP! :) Biarpun, pengisian bersifat santai, tetapi ia dapat memaknakan sebuah program. Secara keseluruhannya, pengisian adalah untuk diri sendiri. Daripada diri sendiri, InshaAllah memberi kesan pada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat (pelajar UNITEN umumnya). Lebih-lebih lagi, mereka semua diwajibkan untuk menjadi Naqib/ Naqibah UNITEN. 
Pengisian ini sangat memberi makna kepada mereka kerana mereka dapat mengenalpasti ciri personaliti diri, rakan, pensyarah, dan terutamanya adik-adik Usrah mereka. Dengan cabaran dakwah yang dihadapi kini, maka ianya penting untuk mereka membuat/ mencipta/ melaksanakan program/ aktiviti yang selaras dengan zaman mereka memimpin organisasi. Bilamana mereka mengenal diri mereka, nescaya mereka dapat mengenal Tuhan mereka (Allah). 
Semoga PPI 2012/ 2013 menjadi sejarah untuk mereka. Tidakakan RAPUH biarpun benang yang menjadi ikatan persahabatan mereka >.<




pssssttt : Dulu nama program Uzlah ni, Titian Kasih. Waktu ni semua MT, Exco dan AJK juga terlibat. (maklumlah, penangan novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha.. hehe..)


M.A.M
Bukan mencari Persamaan,
Tetapi uruslah Perbezaan >.<
Oh, Osem!

Sabar itu Indah, Syukur itu Nikmat

Assalamualaikum.

Sabar itu Indah, Syukur itu Nikmat. (ah, dah biasa kot ayat macam ni). Sebab dah biasalah nak kongsi dengan korang semua (hehe). Kalau tak biasa nanti korang boring pulak. Kenapa aku cerita bab sabar dan syukur ni bukan sebab aku ni Al-Fadhil Ustaz ke hape. Yang penting, aku nak kongsikan Ilmu Pengalaman. Hidup yang mewarnai kehidupan kita yang berbeza. (hehe).. 

Ada seorang sahabat...

Sabar itu menjadi perisai dirinya bilamana Allah berinya kesakitan...
Sabar itu menjadi kekuatan untuknya bila kematian orang yang disayanginya berlaku dihadapan matanya...
Sabar itu membuatkan dia mengenal erti ketabahan bila kekayaan meninggalkannya...
Sabar itu mengajarkan ia tersenyum tatkala anak kecilnya bermain nakal...
Sabar itu... (oh,mungkin banyak lagi dan lagi, kerana pengalaman kita berbeza)

Seorang sahabat lagi...

Merasa syukur bilamana pertamakali dapat mengerjakan Umrah...
Merasa syukur dapat membeli sebuah rumah idaman...
Merasa syukur bila kerja yang di idamkan diperoleh...
Merasa syukur bisnes yang di rancangkan menjadi realiti...
Merasa syukur dengan ramainya sahabat yang membantu...
Merasa syukur dapat melepasi Ujian Allah..
Merasa syukur....(pasti korang pun banyak pengalaman. Kan?)

Kita memang mengharapkan sesuatu. Sebagai hamba, kita tak mungkin lari dari sebuah pengharapan. Pengharapan kepada Illahi. Itu adalah pasti. Pengharapan penuh abadi. Pengharapan penuh kasih. Pengharapan satu ujian.

Yang indah tidak semestinya apa yang orang lain melihat kita gembira. Yang indah bukan juga bila kita rasa gembira. Yang terindah itu semestinya bila kita buat apa jua yang Allah suka. (dan bukan apa yang kita suka).

Kita harus bersyukur, keran ujian ini membuatkan kita dekat dengan Tuhan. Ujian ini mendekatkan kita dengan sedekah. Ujian ini menjarakkan kita dengan kelalaian.

Syukur saat nafas masih mampu dihembus. Syukur masih ada bantuan yang kita perolehi. Syukur masih ada teman yang mendoakan. Syukur masih ada lagi ruang-ruang kebajikan yang mampu kita laksanakan.

Perjalanan kehidupan ini dengan satu kesabaran. Sabar dalam mengecapi kebahagiaan. Sabar dalam tangisan kesedihan. Sabar dalam mencipta kemenangan. Sabar dalam menempuh dugaan. Sabar dalam percakapan. Sabar dalam perkahwinan. Sabar dalam mencapai kejayaan. Sabar dalam mengejar kekayaan. Sabar dalam menempuh hidup keadaan kemiskinan.

psssstttt : Mengertikah Sabar itu Indah, Syukur itu Nikmat? 

M.A.M
Sabar & Syukur itu perlu di luahkan, bukan dipendam..


#Sebuah karya "Dimanakah Daku Untuk-MU"

Oh, Osem!

Kita adalah apa yang kita FIKIR


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu



Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan



Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh



Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan

KAU BOLEH !

Terngiang-ngiang teringatkan lagu ni diwaktu zaman sekolah menengah. Jika dahulu, aku sekadar mimpi (mungkin juga angan-angan) tetapi kini, aku rasa aku telah memiliki apa yang di impikan 10 tahun yang lalu (2003). 2013 akan bermula 2 bulan lebih saja lagi (ketika artikel ini ditulis  25/10/12). Impian 2012 sudah dikecapi (Alhamdulillah), biarpun bukan semua tetapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita mampu

Kalau pengalaman 10 tahun ini mungkin ia sekadar cerita picisan saja. Aku bukanlah lahir sebagai Anak Dato', Anak Tan Sri, atau anak orang golongan Atasan. Aku lahir sebagai anak rakyat Marhaen. Aku tak takut untuk susah, kerana bagi aku kesusahan membuatkan manusia lebih berusaha. Yang dibimbangkan adalah kesenangan. Selalunya kesenangan menjadikan kita Rileks, Malas dan sebagainya (Takut juga kalau jadi sombong dan angkuh). Aku tak bermaksud pun orang-orang golongan Atasan itu sifatnya tidak baik, Aku juga ada rakan-rakan yang lahir sebagai Anak orang Berada, tetapi hatinya cukup pemurah :) Jiwanya suka menyantuni orang-orang susah. 

Kita adalah apa yang kita FIKIR !

Tajuknya macam biasa saja (haha). Yang penting hanya orang yang alami saja yang tahu dan merasai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat ujian mahupun nikmat kesenangan, segalanya pernah kita rasai. Berfikir itu adalah daripada pemikiran kita (Selalunya kesan daripada persekitaran kita, tetapi tidak semestinya). Impian pula adalah apa yang kita inginkan (Apa yang kita nak perolehi. Selalunya kita pendam kat hati nurani. Nak cerita kat orang lain, macam malu-malu kucing saja). Doa adalah sebuah pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya (Allah). 

Apakah yang kita Fikir tidak diketahui Allah? (Tak mungkin) Kerana, Sifat Allah itu Maha Mengetahui! 

Apa?

Allah itu Maha Mengetahui!

Jadi?

Jadi, apa yang kita fikir dan apa yang kita impikan diketahui Allah. Doa yang terbaik adalah sewaktu kita Solat. Solat adalah Ibadah yang tidak ada halangan (Maksudnya, hubungan Hamba dan Tuhan tidak perlu perantaraan. Hebat kan Islam?).

Hmm...

Apa yang korang inginkan sebenarnya, korang boleh Fikirkan, Impikan dan Doa bermula sekarang. 

Boleh jadi ke?

Boleh. Bergantung kepada USAHA korang pada waktu sekarang hingga waktu impian itu disasarkan. 

Mahu contoh?

Contohnya, korang mahu jadi Ahli Perniagaan. Pada 2012, korang boleh mulakan belajar bisnes kecil-kecilan (maksudnya modal kecil pun ok). Pada masa sama, mungkin korang belajar hingga Diploma atau Ijazah dalam bidang Bisnes atau Perakaunan. (Pendidikan memang tidak wajib bagi Ahli Perniagaan, tetapi ia juga satu keyakinan kepada pelabur atau rakan kongsi atau pihak luar seperti Bank/ Kerajaan)

Fikir - Impikan - Doa - Usaha (Jangan lupa buat nota dan tulis besar-besar apa yang korang inginkan tu). Biarpun tidak semua yang dapat, InshaAllah paling kurang pun akan dapat satu :) Yang penting jangan prasangka buruk dengan Allah. Artikel akan datang, aku nak share bagaimana merealisasikan Impian. Bukan sekadar Teori >.<

psssttt : Sebelum memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan dahulu, aku juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Ekonomi. (hihi) Tugas utama adalah mencari dana dan memenuhi poket Persatuan untuk aktiviti-aktiviti Lajnah lain :)


M.A.M
Bukan mencari Persamaan,
Tetapi uruslah Perbezaan >.<


#Sebuah karya "Dimanakah Daku Untuk-MU"
Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...