Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH !
Terngiang-ngiang teringatkan lagu ni diwaktu zaman sekolah menengah. Jika dahulu, aku sekadar mimpi (mungkin juga angan-angan) tetapi kini, aku rasa aku telah memiliki apa yang di impikan 10 tahun yang lalu (2003). 2013 akan bermula 2 bulan lebih saja lagi (ketika artikel ini ditulis 25/10/12). Impian 2012 sudah dikecapi (Alhamdulillah), biarpun bukan semua tetapi Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita mampu.
Kalau pengalaman 10 tahun ini mungkin ia sekadar cerita picisan saja. Aku bukanlah lahir sebagai Anak Dato', Anak Tan Sri, atau anak orang golongan Atasan. Aku lahir sebagai anak rakyat Marhaen. Aku tak takut untuk susah, kerana bagi aku kesusahan membuatkan manusia lebih berusaha. Yang dibimbangkan adalah kesenangan. Selalunya kesenangan menjadikan kita Rileks, Malas dan sebagainya (Takut juga kalau jadi sombong dan angkuh). Aku tak bermaksud pun orang-orang golongan Atasan itu sifatnya tidak baik, Aku juga ada rakan-rakan yang lahir sebagai Anak orang Berada, tetapi hatinya cukup pemurah :) Jiwanya suka menyantuni orang-orang susah.
Kita adalah apa yang kita FIKIR !
Tajuknya macam biasa saja (haha). Yang penting hanya orang yang alami saja yang tahu dan merasai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat ujian mahupun nikmat kesenangan, segalanya pernah kita rasai. Berfikir itu adalah daripada pemikiran kita (Selalunya kesan daripada persekitaran kita, tetapi tidak semestinya). Impian pula adalah apa yang kita inginkan (Apa yang kita nak perolehi. Selalunya kita pendam kat hati nurani. Nak cerita kat orang lain, macam malu-malu kucing saja). Doa adalah sebuah pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya (Allah).
Apakah yang kita Fikir tidak diketahui Allah? (Tak mungkin) Kerana, Sifat Allah itu Maha Mengetahui!
Apa?
Allah itu Maha Mengetahui!
Jadi?
Jadi, apa yang kita fikir dan apa yang kita impikan diketahui Allah. Doa yang terbaik adalah sewaktu kita Solat. Solat adalah Ibadah yang tidak ada halangan (Maksudnya, hubungan Hamba dan Tuhan tidak perlu perantaraan. Hebat kan Islam?).
Hmm...
Apa yang korang inginkan sebenarnya, korang boleh Fikirkan, Impikan dan Doa bermula sekarang.
Boleh jadi ke?
Boleh. Bergantung kepada USAHA korang pada waktu sekarang hingga waktu impian itu disasarkan.
Mahu contoh?
Contohnya, korang mahu jadi Ahli Perniagaan. Pada 2012, korang boleh mulakan belajar bisnes kecil-kecilan (maksudnya modal kecil pun ok). Pada masa sama, mungkin korang belajar hingga Diploma atau Ijazah dalam bidang Bisnes atau Perakaunan. (Pendidikan memang tidak wajib bagi Ahli Perniagaan, tetapi ia juga satu keyakinan kepada pelabur atau rakan kongsi atau pihak luar seperti Bank/ Kerajaan).
Fikir - Impikan - Doa - Usaha (Jangan lupa buat nota dan tulis besar-besar apa yang korang inginkan tu). Biarpun tidak semua yang dapat, InshaAllah paling kurang pun akan dapat satu :) Yang penting jangan prasangka buruk dengan Allah. Artikel akan datang, aku nak share bagaimana merealisasikan Impian. Bukan sekadar Teori >.<
psssttt : Sebelum memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan dahulu, aku juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Ekonomi. (hihi) Tugas utama adalah mencari dana dan memenuhi poket Persatuan untuk aktiviti-aktiviti Lajnah lain :)
M.A.M
Bukan mencari Persamaan,
Tetapi uruslah Perbezaan >.<
#Sebuah karya "Dimanakah Daku Untuk-MU"
Oh, Osem!
#Sebuah karya "Dimanakah Daku Untuk-MU"
No comments:
Post a Comment