R&D CiliBangi

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Inovasi penanaman Cilibangi kini melangkau transformasi apabila pelbagai jenis dihasilkan menerusi pembangunan dan penyelidikan (R&D) sejak 30 tahun lalu.

Contoh CiliBangi
Fasa penyelidikan berterusan Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri pada 1987 menghasilkan Cilibangi berkualiti, tahan serangan penyakit dan dituai secara serentak. 
Bermula dengan pengenalan jenis Cilibangi 1 dan 2 pada 1995, Cilibangi 3 dan 4 dilancarkan pada 1998 sebelum disusuli Cilibangi 5 dan Cilibangi 6 pada 2001. 

Pada tahun 2011, Serotech Sdn Bhd (Serotech), sebuah anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Sharifah Nur Rahimah Syed Alias mengkomersial­kan Cilibangi selain pembiakbakaan varieti baru cili.

Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri yang juga Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Serotech berkata, terdapat enam varieti Cilibangi yang dihasil­kan seperti varieti Cilibangi 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 manakala enam lagi dalam peringkat kajian.

“Semua varieti Cilibangi mempunyai ciri unik dengan semua pokok berbunga, berbuah dan matang serentak. 

“Setiap varieti mengandungi ciri tersendiri. Cilibangi 1,3 dan 5 sesuai untuk keluaran cili segar manakala Cilibangi 4 dan 6 pula jenis kering,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, varieti Cilibangi 2 mempunyai kedua-dua ciri iaitu sesuai untuk kegunaan segar dan kering. 

“Kelebihan Cilibangi ini membolehkan petani merancang tanaman secara berperingkat dan menuai secara serentak. 

“Cilibangi mempunyai genetiknya sendiri,” katanya. 

Dengan genetik semula jadi pada Cilibangi, ia mewarisi ciri-ciri berbunga, berbuah dan matang secara serentak. 

Katanya, Cilibangi 2 kebal terhadap penyakit dan menjadi antara varieti terbaik dihasilkan, selain dua kegunaan iaitu kering dan segar, berbanding Cilibangi 1 yang menghasilkan buah segar. 

“Cilibangi 3 ada kaitan dengan Cilibangi 1 kerana dihasilkan daripada anak pokok generasi yang sama. Istimewanya ia varieti paling pedas serta berbau wangi, selain bersaiz besar. 

“Cilibangi 4 kering di pokok, walaupun daun-daun masih hijau, dia berbuah serentak, masak serentak dan kering serentak tetapi pokoknya renek sedikit,” katanya. 

Cilibangi 5 mempunyai bilangan buah yang ba­nyak dan rasa­nya kurang pedas. 

“Cilibangi 6, sama dengan Cilibangi 4 iaitu kering di pokok, tetapi saiz buahnya lebih besar,” katanya. 

Katanya, varieti Cilibangi ini sesuai untuk penanaman secara ladang kerana peluang jangkitan penyakit rendah. 

Beliau berkata, objektif utama penanaman Cilibangi bagi mengkomersialkan varieti itu pada skala besar. 

“Dalam penyelidikan, saya mengambil kira dua perkara. Pertama, bentuk pokok iaitu tidak terlalu besar dan pertumbuhannya serentak. Kedua, biomas atau beratnya. 

“Bentuk pokok perlu memenuhi tiga komponen iaitu batang utama, ketinggian pokok dan lebar daun de­ngan nisbah pokok terbaik bagi setiap komponen adalah 3:6:4. 
Nisbah itu cukup menguatkan pokok,” katanya. 

Katanya, satu lagi ciri diberi perhatian adalah nisbah biomas membabitkan tiga komponen utama iaitu berat buah, berat daun dan berat rangka dengan nisbah terbaik 7:1:2. 

“Dengan dua nisbah yang unggul ini, pokok mampu menampung berat buah,” katanya. 

Katanya, untuk mendapatkan pokok yang tahan rintangan terhadap penyakit, varieti Cilibangi ‘diberi’ pe­nyakit dengan virus semula jadi. 

“Anak pokok akan diberikan penyakit atau virus semula jadi dan jangkitan secara manual. 

“Jadi mana-mana anak pokok yang berpenyakit akan mati manakala yang hidup dibiar sampai berbuah,” katanya biji dihasilkan pokok ini kemudian diulang prosesnya 30 generasi sehingga kebanyakannya adalah kebal kepada penyakit. 

Layari info@serotech.com.my atau Cilibangi di www.cilibangi.com atau facebook Cilibangi www.facebook.com/Cilibangi untuk maklumat lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07

Sumber : Harian Metro

P/s: Macam best je tanam Cili ni :) Sekarang, nak makan apa pun kena ada Cili :D



Oh, Osem!

Dalam Mengenangmu :)

Assalamualaikum..

Ini adalah sebuah kisah yang dikisahkan semula.

Kisahnya bermula begini.....

Sewaktu berada didalam masjid, menunggu waktu solat. 

Seorang pakcik melihat gelagat seorang anak muda yang sibuk berselawat ke atas Nabi saw. Berhampiran, anak muda itu pula ada seorang pakcik yang lain mengaji al-Quran. 

Pakcik tesebut pun menanyakan sesuatu kepada anak muda itu,

"Wahai anak muda, Mengapa engkau sibuk berselawat sahaja? Mengapa tidak bertukar-tukar kepada zikir lain ataupun mengaji al-Quran?"

Anak muda itu pun menjawab, "Ayahanda saya meninggal dunia di hadapan saya pakcik. Waktu itu, saya melihat wajahnya menjadi kehitaman. Selepas itu, waktu saya tertidur, saya telah bermimpi seseorang yang lengkap berjubah putih datang kepada jenazah ayah saya."

Saya bertanya kepadanya, "Siapakah engkau wahai Hamba Allah?" Beliau itu menjawab, "Engkau tidak mengenali Aku? Aku adalah Rasulullah saw". Lalu, saya melihat Baginda mengusap wajah ayah saya. Waktu itu, wajah ayah saya terus bertukar menjadi wajah yang putih dan sinar berseri. Sejak selepas itu, mulut saya tidak berhenti untuk berselawat ke atas Junjungan Baginda saw.

Barang keperluan Rasulullah Saw.
- - - - - - 

Itulah sekadar ringkasan cerita yang di bawakan oleh Ustaz Don :) Mungkin cerita asalnya berubah sedikit, tetapi apa yang disampaikan tu, aku cuba ingat-ingat kembali.. Cuma, manfaat bagi mereka yang mengamalkan (banyakkan) berselawat ni hanya mereka yang dapat merasainya. 

Sudah tentu ada dikalangan korang pun pernah merasai situasi sebegitu. (kadang-kadang kita pun rasa hairan  mengapa keajaiban ini berlaku) Walhal, mungkin saat itu, anda mengamalkan zikir-zikir tertentu atau berselawat dan sebagainya.

"Keajaiban hanya dirasai bagi mereka yang pernah mengalaminya" MAM

#Perbanyakkan berselawat setiap masa
#Lebihkan berselawat pada Hari Jumaat

30 minit Ustaz Don
Isnin | 24 Disember 2012
9.30 malam


Oh, Osem!

Industri Buluh



Pulangan lumayan industri buluh

Abd Razak Othman menunjukan produk berasaskan buluh di pejabatnya di FRIM Kepong, Selangor.

Ramai daripada kita tahu mengenai pokok buluh, tetapi hanya sebilangan kecil yang mengetahui pokok tersebut terdiri daripada pelbagai spesies.

Spesies-spesies buluh boleh dikenal pasti menerusi beberapa ciri yang ada seperti rebung, warna dan struktur batang, dahan dan seluangnya.

Kita hanya mengenali buluh kerana kegunaannya secara tradisional seperti membuat lemang dan meriam buluh selain pokok hiasan dan ini bergantung kepada spesies buluh.

Terdapat dua sebab kenapa buluh diperlukan iaitu untuk batangnya dan kedua, penghasilan rebung.

Ramai juga tidak mengetahui bahawa buluh tergolong di dalam keluarga rumput yang mempunyai kadar pertumbuhan agak pantas.

Bagaimanapun, sumber tanaman buluh di negara ini dilaporkan menghadapi masalah jika diusahakan secara pengkomersialan kerana sumber bahan mentah agak terhad.

Kekurangan sumber bahan mentah yang berterusan dan berkualiti menjadi masalah utama dalam pembangunan industri buluh.

Setakat ini, bekalan utama buluh diperoleh daripada hutan dan menjadi satu masalah untuk membawanya keluar kerana ketiadaan infrastruktur.

Pada masa sama sumber bekalan buluh secara semulajadi itu kian terjejas ekoran pembukaan tanah untuk kegunaan pertanian dan projek pembangunan lain.

Pada masa sama, penghasilan sumber bekalan buluh juga berhadapan dengan masalah pengurusan sumber buluh asli dan ini menjejaskan pengeluarannya.

Pegawai Penyelidik, Cawangan Pengurusan Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Abd. Razak Othman berkata, berkata terdapat dua corak pertumbuhan buluh.

Pertamanya di kawasan iklim sederhana terdiri daripada buluh monopodial di mana buluh tumbuh secara tunggal.

Satu lagi corak pertumbuhan adalah buluh di kawasan tropika yang terdiri daripada simpodial iaitu pertumbuhan berumpun.

Terdapat juga perbezaan corak pertumbuhan di antara kedua-duanya tetapi agak jarang ditemui.

Satu daripada sifat buluh yang agak unik ialah pokok berkenaan akan mati sekiranya telah mula berbunga.

Oleh itu, bagi memastikan adanya jaminan bahan mentah yang berterusan, pengurusan buluh perlu di dirangka.

Abd Razak memberitahu, penyelidikan dan pembangunan mengenai pengkomersialan buluh di agensi terbabit dimulakan pada awal 1990an.

"Penyelidikan yang kami buat berkaitan teknik pembaik biak, penanaman dan pengurusan tanaman. Kami mengenal pasti 12 speseis yang popular boleh dikomersialkan," katanya.

Kaedah pembiakan itu merujuk pembaik baka tanaman buluh khususnya 12 spesies yang boleh dikomersialkan menerusi teknik pembiakan, penjagaan di nurseri dan mewujudkan ladang buluh.

Kebanyakan buluh tumbuh selepas hutan dibalak dan pertumbuhannya amat pantas. Malah buluh boleh hidup sehingga 100 tahun.

Dengan jangka hayat yang agak lama, industri buluh sepatutnya memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang berminat.

Malangnya, menurut Abdul Razak, kesukaran memperoleh bahan tanaman dan kawasan penanaman (biji benih buluh) adalah antara punca industri tersebut di negara ini agak terjejas.

Sesetengah pengusaha buluh seperti di Perlis pula menanam buluh madu untuk komersial memandangkan pokok berkenaan semakin popular menjana industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya penghasilan rebung.

Menurut Abdul Razak, hasil kajian FRIM, telah memperoleh kaedah atau protokol untuk menghasilkan benih kultur tisu buluh beting.

Antara kaedah pembiakan tampang yang dikenal pasti yang selalu digunakan ialah dengan kaedah keratan rizom atau akar, keratan dahan serta keratan batang selain penggunaan kultur tisu.

"Ini bagi mengatasi masalah memperoleh biji benih buluh," katanya.

Untuk menanam pokok buluh, spesies yang sesuai perlu digunakan di mana spesies berdinding tebal seperti buluh beting, semantan, dan betung ditanam bagi menghasilkan produk bermutu tinggi seperti panel dan pepapan.

Tidak semua buluh boleh dimakan rebungnya. Antara spesies buluh yang popular rebungnya ialah buluh madu, tumpat, beting, betung dan aur.

Dalam pada itu buluh yang ditanam untuk rebung biasanya melibatkan semua jenis melainkan buluh semantan, manakala buluh tumpat hanya untuk pengeluaran rebung semata-mata.

Seperti kebanyakan tanaman lain, penanaman buluh secara umumnya melibatkan kerja-kerja membersihkan dan penyediaan kawasan tanaman (termasuk membuat teres).

Waktu penanaman yang sesuai ialah pada musim hujan iaitu April hingga Ogos di bahagian utara manakala Ogos hingga Oktober di Selatan Semenanjung.

Kaedah-kaedah penananam juga perlu mengambil kira spesies buluh yang ditanam.

Pengurusan penanaman juga berbeza mengikut keperluan sama ada untuk batang atau rebung.

Bagi pengurusan ladang, meliputi kerja-kerja lain termasuk merumput, membersihkan kawasan, membaja, mengembur tanah, penjarangan, pengawalan perosak dan akhirnya memungut hasil.

Berdasarkan pengalaman FRIM, jangka masa penanaman buluh melibatkan tempoh 15 tahun bagi keluasan 500 ekar.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 
Oh, Osem!

Januari 13 - Menggembirakan

Assalamualaikum,

Minggu pertama Januari 13 ini aku sangat-sangat gembira. Gembiranya seperti melafazkan Akad Nikah (woha!) Tapi bukan aku yang bernikah atau bertunang atau yang dengan berkaitan hal pernikahan.. hehe.. Pada mulanya, Pak Ngah datang ke kedai dan menawarkan Sijil Wakaf Madrasah di Perak. Dalam masa yang sama, Pak Ngah menunjukkan Pelan & Proposal Madrasah yang di bawanya, dan aku minta 'copy' untuk rujukan aku. Selang beberapa hari Sahabat Ibuku pula membawa Sijil Wakaf Madrasah di tempatnya mengajar, di sekitar Sg. Buloh.

Dari kisah kedua-duanya, aku begitu Yakin untuk meneruskan Impian untuk membina sebuah Madrasah juga. Semuanya Allah mudahkan. Perancangan harus bermula sekarang! Ya, sekarang. Aku perlu 'contact' sahabat-sahabat yang kini sedang mendalami Ilmu Agama di Timur Tengah atau didalam Malaysia agar memudahkan pencarian Muallim/ Muallimah di Madrasah satu  hari nanti. 

Proposal juga harus disiapkan agar ianya menjadi kenyataan. Permohonan untuk Wakaf belum dibuka lagi.. hehe.. InshaAllah jika tiada aral, Allah akan mudahkan urusan ini dalam masa 10 tahun ini. 2013 - 2023 :)

Pencarian Tanah harus bermula sebelum 2015. Maklumlah, harga tanah akan sentiasa naik. Cabaran juga akan lebih mencabar! 

MAM
"Memanfaatkan peluang dapat meminimakan Rintangan"


Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...