Kambing, Ar Rahnu & Pesantren

Assalamualaikum,

Entri ini di tulis pada 19hb mac 2013 yakni malam terakhir aku berada di Jogjakarta. Alhamdulillah beberapa objektif tercapai daripada travel kali ini. Beberapa perkara yang aku target pada travel kali ini adalah pembelian kambing jenis Ettawa. Selain itu aku juga ingin survey Ar Rahnu dan beberapa Pesantren di sini.

Mengenai kambing ni, bukanlah targetnya 100% adalah bisnes sahaja. Tapi lebih kepada Sunnah Nabi. Mungkin sekarang belum masanya untuk aku membina ternakan kambing sendiri, tetapi InshaAllah satu hari nanti aku teringin untuk membuat ladang ternakan sendiri di Malaysia. Jenis Ettawa adalah antara Baka kambing yang terbaik ♥

Ar Rahnu pula, setakat yang aku jumpa kebiasaannya memberi pinjaman pada kadar 85% untuk BK perhiasan dan 90% untuk Logam Mulia @ Dinar (Emas simpanan) daripada jumlah nilai semasa emas. Kadar upah tak jauh beza sangat dengan Malaysia. Tempoh pinjaman pula pada had 4 bulan dan boleh di tangguhkan lagi 4 bulan.

Berkenaan pesantren pula,aku memang niat mahu belajar di sini. Tapi selalu saja bimbang hal ehwal tugas kat Malaysia. Hmm, InshaAllah aku cuba susun jadual tugas lebih tersusun sebelum sambung S2. Agaknya bahang perkhwinan semakin terasa. Owhhhh.. Secara jujurnya aku masih single >_< Percayalah ♥ hEeee... Pintu hati masih belum bersedia untuk di buka sepenuhnya. Mungkin terbuka sedikit, tapi masih belum pasti. Bukan tak mahu bercinta, cuma harus hati-hati.

MAM
"Perjalanan dunia singkat, Akhirat itu lebih nikmat" Oh, Osem!

Matlamat Bisnes?

Assalamualaikum,

Kalau lihat tajuk saja sebenarnya anda sudah faham apa yang akan saya kongsikan. Tajuknya matlamat bisnes. Ya! Matlamat bisnes adalah apa yang kita mahukan sendiri daripada bisnes.

Bila saya lihat orang lain berjaya dengan bisnes yang mereka ceburi, saya cuba untuk selidiki, memerhati dan ikut apa yang mereka buat pada kemampuan kadar saya. Matlamat bisnes yang mereka buat itu adalah :

Sillaturrahim & Sedekah

Membina hubungan beerti membina kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Bila semakin ramai kita berkenalan dengan orang lain, Allah akan temukan dengan orang-orang yang akan membantu bisnes kita. Sedekah jangan pula kita lupa. Sedekah ni kalau kita maintain,  sekurang-kurangnya Allah tidak letakkan harta kat HATI kita. Saya pernah lihat orang yang tamak ni, sungguh kasihan. hmm, seolah-olah hartanya tidak akan habis saje -_-

Untung minima, Jualan maksima

Ada perkara saya akan jujur pada setiap kos yang saya terima dan keuntungan yang saya jual. Ada perkara ianya dirahsiakan kerana kosnya boleh berubah-ubah. Ini penting agar klien memahami kadar harga semasa barang yang dijual. Saya kasihan pada mereka yang hanya bisnes dari rumah tanpa mengeluarkan kos sewa kedai dan kos staff tetapi meletakkan harga yang tidak munasabah dengan kosnya.

Pembeli yang maintain beli

Ini adalah perkara yang sangat mencabar bagi bisnes kecil-kecilan. Apapun ianya akan berjaya sekiranya Sillaturrahim dan sedekah di amalkan. InshaAllah, Rezeki Allah maha Luas. Paling penting, produk yang di jual itu adalah barangan yang menjadi keperluan mereka. 


Menyediakan servis/ produk kepada mereka yang memerlukan

Bisnes yang hakiki adalah sistem barter. Saya ada apa yang anda tiada. Anda ada apa yang saya tiada. Samada dalam bentuk produk atau servis, itulah hakikat sebenar. Sebab tu, jika kita ada tanah seekar, Cukup ada rumah sebuah, kebun pertanian/ penternakan sebenarnya boleh saja menampung kehidupan.


Itu antara perkara yang aku cuba lakukan. MEMANG MENJADI! Walaupun ia bukanlah jalan pintas untuk kaya, cubalah anda tanya orang lain yang telah berjaya; Memang "Tiada jalan pintas untuk berjaya".


MAM
Matlamat bisnes yang sebenar adalah mencari kekayaan akhirat.

# Aku rasa dah macam bagi tip bisnes jer ^_^

# Sebuah karya Dimanakah daku untukMU

Oh, Osem!

Kemahiran kunci kemajuan

Assalamualaikum,

Kemahiran kunci kemajuan.....

Itulah lirik lagu sekolah aku dulu.. Di zaman 2002 - 2003, mungkin sesuai dengan fokusnya kepada Teknik & Vokasional.. Ilmu kemahiran mungkin di lihat jelek pada sesetengah belia mahupun Ibubapa ala Moden.  (sebahagiannya tidak juga)

Disaat ramai orang ingin bekerjaya ala Profesional itu, ilmu kemahiran ini sebenarnya boleh mencipta satu fenomena bisnes. Yub! Ianya bisnes yang sungguh menguntungkan. 

Contoh? 
Mudah saja, kalau fius rumah anda rosak, jika anda panggil orang lain pasangkan/ betulkan berapa bayaran akan di cas? Paling murah pun RM 70 untuk 1 fius. 1 berapa RM pula? haha.. RM 10 pun tak sampai... Nampak tak?

Kalau tak nampak jugak, okey cuba kita lihat iklan-iklan cuci air-cond di Taman-Taman perumahan. Berapa mereka cas? Paling kurang RM 90.. Biasanya RM 100 - RM 150.. Sekarang kalau rumah teres pun atleast 1 aircond di hall dan 1 aircond di bilik utama..

Satu hari cari 4 aircond untuk di cuci.. Kerja selama 20 hari.. (Selalunya aku jumpa orang macam ni banyak kerja/ projek lain yang dia buat) Ini harga basic, tidak termasuk isi gas.. 

Semestinya orang yang menjadikan kemahiran tulang empat keratnya sebagai bisnes mempunyai kelebihan daripada bisnes yang bersifat profesional. Kenapa? Kerana, bisnes yang bersifat profesional seperti lawyer firm/ auditor/ audit firm mempunyai price rate yang telah ditentukan oleh Badan Profesional mereka. 

Kalau price kontraktor ambil berapa pula? hehe.. Tanyalah depa.. Yang penting kerja seminggu pun boleh tampung kehidupan sebulan. Yang tak boleh tampung tu maybe boros kot... hehe (jangan marah)

MAM
"Kerjalah apapun, lebih penting ia bermanfaat untuk manusia dan mendekatkan kita dengan Allah"


Oh, Osem!

Yang mana satu :-)

Assaamualaikum,

Syukur Alhamdulillah.. Aku masih lagi mampu menulis.. Menulis untuk melakar kejayaan bersama kamu ♥ Hari ini ada tawaran untuk membuat produk dengan jenama sendiri.

Cuma mungkin memakan masa dari segi :
  1. Proses
  2. Formulasi
  3. Pelabelan
  4. Pengeluaran
  5. Penjualan
Pada awalnya aku fikir nak ada kilang sendiri saja. Buat kilang di kampung dan membantu menaikkan ekonomi mereka. (Bukan sebab nak bayar gaji murah ye! Tapi bayar dengan gaji yang setara dengan kerja)

Proses membuat kilang memerlukan masa. Untuk sempurna mungkin 3 tahun. Itu jika bajet terhad lah. Kalau lump sum jutaria depan mata, mudah je setup dan running kilang. Bukan buat keje sorang-sorang pun. Duit jutaria tu hire lah orang lain :

HOT PRODUCT pada keadaan semasa adalah :
  1. Berasaskan Kopi
  2. Campuran collogen
  3. Campuran susu kambing
  4. Berasaskan Koko
  5. Campuran Stevia
Apapun, produk di atas adalah produk yang di sarankan. Aku sendiri sebenarnya mempunyai Market dan teknik untuk menghabiskan jualan. Mencabar? hohoho.. PASTI! Aku kena pilih salah 1 produk dahulu. Korang pun tahukan, produk macam ni memang saingan dia sengit! Lagi-lagi ianya mempunya jangka hayat. Paling lama mungkin 2 -3 tahun. (Sebab produk makanan)

MAM
"Kalau kita tak cuba sekarang, kita pun tak tahu bila agaknya dapat mencuba lagi"

-keep moving foward- wohaaa! Target - end of 2013 ^_^

Oh, Osem!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...