Matlamat Bisnes?

Assalamualaikum,

Kalau lihat tajuk saja sebenarnya anda sudah faham apa yang akan saya kongsikan. Tajuknya matlamat bisnes. Ya! Matlamat bisnes adalah apa yang kita mahukan sendiri daripada bisnes.

Bila saya lihat orang lain berjaya dengan bisnes yang mereka ceburi, saya cuba untuk selidiki, memerhati dan ikut apa yang mereka buat pada kemampuan kadar saya. Matlamat bisnes yang mereka buat itu adalah :

Sillaturrahim & Sedekah

Membina hubungan beerti membina kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Bila semakin ramai kita berkenalan dengan orang lain, Allah akan temukan dengan orang-orang yang akan membantu bisnes kita. Sedekah jangan pula kita lupa. Sedekah ni kalau kita maintain,  sekurang-kurangnya Allah tidak letakkan harta kat HATI kita. Saya pernah lihat orang yang tamak ni, sungguh kasihan. hmm, seolah-olah hartanya tidak akan habis saje -_-

Untung minima, Jualan maksima

Ada perkara saya akan jujur pada setiap kos yang saya terima dan keuntungan yang saya jual. Ada perkara ianya dirahsiakan kerana kosnya boleh berubah-ubah. Ini penting agar klien memahami kadar harga semasa barang yang dijual. Saya kasihan pada mereka yang hanya bisnes dari rumah tanpa mengeluarkan kos sewa kedai dan kos staff tetapi meletakkan harga yang tidak munasabah dengan kosnya.

Pembeli yang maintain beli

Ini adalah perkara yang sangat mencabar bagi bisnes kecil-kecilan. Apapun ianya akan berjaya sekiranya Sillaturrahim dan sedekah di amalkan. InshaAllah, Rezeki Allah maha Luas. Paling penting, produk yang di jual itu adalah barangan yang menjadi keperluan mereka. 


Menyediakan servis/ produk kepada mereka yang memerlukan

Bisnes yang hakiki adalah sistem barter. Saya ada apa yang anda tiada. Anda ada apa yang saya tiada. Samada dalam bentuk produk atau servis, itulah hakikat sebenar. Sebab tu, jika kita ada tanah seekar, Cukup ada rumah sebuah, kebun pertanian/ penternakan sebenarnya boleh saja menampung kehidupan.


Itu antara perkara yang aku cuba lakukan. MEMANG MENJADI! Walaupun ia bukanlah jalan pintas untuk kaya, cubalah anda tanya orang lain yang telah berjaya; Memang "Tiada jalan pintas untuk berjaya".


MAM
Matlamat bisnes yang sebenar adalah mencari kekayaan akhirat.

# Aku rasa dah macam bagi tip bisnes jer ^_^

# Sebuah karya Dimanakah daku untukMU

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...