Tentang Blog Ini

Think Tajdid (Fikir | Perubahan = Perubahan Gaya Berfikir)

Tiada apa yang terlalu istimewa untuk blog ini. (percayalah, nanti korang pun bosan -_-") Walaupun aku pernah menulis suatu ketika dulu, tapi blog lama terlalu banyak perkongsian mengenai Politik. Bukan aku tak mahu cakap hal politik lagi, tapi dah banyak blog cakap hal politik. Jadi, biarlah aku tulis hal lain yang membawa sedikit manfaat untuk diri aku sendiri. (Kalau ada manfaat untuk korang pun, aku tumpang gembira).

Aku minta maaf jika ayat dan gaya bahasa santai yang aku guna. Aku rasa selesa begini, jadi biarkan aku. Aku memanggil diriku sebagai Aku adalah kerana aku rasa ianya lebih dekat dengan orang yang membaca (kot). Kalau korang cakap dengan kawan-kawan korang, korang panggil apa? Saya? Aku? Kalau ada mana-mana Professor/ Dato/ Datin/ Doktor atau sesiapa yang VIP  yang baca, minta maaf ya!. Aku tahu aku perlu hormat kalian. Apa yang penting, aku berdoa dengan Allah, aku menggunakan kata ganti nama diriku sebagai AKU. Aku harap aku lebih dekat dengan-Nya. InshaAllah...

Adakalanya, mungkin aku menggunakan kata ganti nama 'Saya, Kita, Hamba, Ana dan sewaktu dengannya. Ikut gaya mood masa tu lah. ahaks! AMARAN : Jangan baca jika ada rasa loya! :p

Blog ini sebagai blog Inspirasi diri. Sebuah perkongsian pengalaman diri sendiri dan orang lain.

Matlamat Blog Ini :
  1. Aku akan sentiasa ingat pada perkara telah berlaku.
  2. Orang lain mendapat manfaat daripada mana-mana bahan.
  3. Menyediakan sebuah karya buku yang aku terbitkan sendiri. err~
  4. Perkongsian hal-hal Bisnes (wohaa!)
  5. Perkongsian hal berkaitan Herba & pengalaman rawatan tradisional.
#Akan dikemaskini jika perlu :)

Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...