Kredit : Gambar oleh En. Aziz Yatim, Pensyarah Kaunseling, UPSI (Cikgu saya juga) |
Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional dan berdaftar bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan secara menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukanlah bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor akan cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien akan berkongsi masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau pemikiran tidak rasional.
Psssttt : Pelbagai definisi boleh ditemui. Apapun, ringkasan dari nota ini dapat memberi kefahaman yang sedikit kepada korang yang sudi membaca dan memahami :) Peace yo ^_^v
M.A.M
Manusia boleh hidup tanpa makanan, tapi manusia boleh mati tanpa Teman :)
(Boleh jadi kaunselor ni.. haha)
No comments:
Post a Comment