Assalamualaikum.
Peristiwa 1 : Kelas Khat Kaligrafi
Kelas yang sungguh Osem! Cikgu yang ajar tu Ustaz Muda... huhu.. Taklah muda, lingkungan 22-25 tahun macam tu. Apapun hasil tangan seninya membuatkan daku teruja (woha). Tangan seni memang lembut, tapi tak semestinya orangnya lembut. Hanya mungkin saja jiwanya yang lembut. (mungkin) hehe..
Sengaja ku memasuki kelas khat kaligrafi Islam ini sekadar mengasah kemahiran seni. Kali terakhir buat seni khat mungkin tahun 97 - 98. Sewaktu ambil SPRA. Tahu ke korang SPRA tu hapa? Sijil Penilaian Rendah Agama... huhu.. Seorang sahabat dari Singapore kongsi dengan aku, 'Seni adalah Kasih Sayang'... gluurrrpp.. Terkedu juga. Maklumlah, orang seni jiwanya memang berkasih sayang :)
Berikut adalah maklumat untuk korang tahu mengenai Kursus Jangka pendek (2 minggu). Mana tahu ada antara korang yang berminat. hehe..
Anjuran : Kolej RESTU (Yayasan Restu)
Peristiwa 2 : Rombongan ke GAZA
Ada iklan di FB Aqsa Syarif & Aman Palestin untuk Misi Solidariti Selamatkan GAZA. Sejak mengetahui sejarah Palestin dahulu, kisah kebangkitan dan kejatuhan Palestin, pernah juga 'berangan' untuk ke sana. Tapi tak tahu bagaimana. Tetapi, bila terlihat iklan ni, poket pula kosong -_-" Nak minta derma/ zakat, rasa macam tak layak saja. Hanya satu yang aku ada. Emas!. Tapi dengan kejatuhan sedikit harga Emas, menyukarkan sedikit untuk mengumpul dana ke GAZA. Kosnya sekitar RM 7500. Kira-kira 44+- gram Emas sahaja.
Bila kumpul Emas, kita melihat nilai duit kertas terlalu kecil. 1 auns Kijang Emas saja Harganya RM 5500+- (31 gram). 1/2 auns Kijang Emas RM2400+-. Mungkin jika aku membuat Bidaan di grup-grup Emas membolehkan aku mendapatkan dana. In sha Allah, ada rezeki akan tiba juga ke GAZA. Mohon doa dari sahabat semua :')
Peristiwa 3 : Temuduga Pelajar Sarjana
29 Nov 2012 menjadi sejarah. Sesat di UPM untuk sesi temuduga Pelajar Sarjana di UPM. Aku mungkin memasuki satu bidang yang mungkin orang lain anggap baru. Untuk lulus ke peringkat seterusnya, sesi temuduga, mata bertemu mata dan hati bertaut hati diperlukan sebelum aku di tawarkan ke Program Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling di UPM untuk kemasukan sesi kedua 2012/ 2013. Jika berjaya, Alhamdulillah Impian 2013 tercapai juga.
Penemuduga adalah Jamaludin Bin Ahmad (Prof. Madya, Dr.) dan Maznah bte Baba (Dr.). Temuduga kali ni rasa sangat Osem sebab sewaktu sesi berlansung, aku merasakan 2 insan hebat ini sekadar berbual biasa seperti seorang yang ingin mengenali hati budi masing-masing.
Antara perkara yang dibualkan adalah :
- Kenapa minat kaunseling? Bagaimana berubah fikiran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini? (First degree aku adalah BBA Human Resorce Management).
- Bagaimanakah kaunseling dapat membantu staf yang menghadapi masalah? (Soalan ini di tanya kerana bidang aku sebelum ini adalah Human Resorce)
- Bagaimana menjalankan program? Apakah input yang diberi? Bagaimana untuk mengetahui keberkesanan modul? (Aku jawab sepertimana yang aku buat dalam laporan kursus je.. hehe)
- Bagaimana proses Klinik Kaunseling kamu? Berapa bayaran yang di cas kepada klien? Siapa latar belakang klien? Bagaimana kamu mendapatkan klien? (Soalan ni ditanya kerana aku mengendalikan klinik kaunseling bersama kaunselor berdaftar. Jawapan paling Osem bila aku menjawab bayaran untuk sesi kaunseling adalah RM 100/ jam @ mengikut budi bicara kaunselor)
- Apakah kes yang sering diperoleh? Teknik apa yang digunakan? Teori apa yang sesuai? (Dengan rendah hati aku menjawab saya tidak pandai prof. dan saya ingin belajar lagi. Tetapi apa yang dikongsikan oleh kaunselor selepas sesi atau program, itu sajalah jawapan aku).
- Can you explain your self and what career you are doing now? (ohoo.. tetiba soalan English tiba. Oh! My English!.. Jawab macam biasa jelah)
- Lastly, apa perancangan tesis yang kamu ingin lakukan? (Soalan maut ni -_-" sebab tiada pengalaman buat tesis mengenai psikologi & kaunseling. Tapi waktu tu aku jawab spontan je yang aku ni berminat untuk mengkaji personality traits & bagaimana aplikasinya dalam bentuk pemikiran, emosi dan tindakan seseorang.. Opss.. Rahsia kot tajuk tesis ni...huhu)
- Last sekali ucapan terakhirku memberi penghargaan kerana dapat bertemu dan bersua muka dengan 2 insan hebat ini. Idea & Ilmunya membuatkan aku rasa kerdil. (memang aku kecil pun. Nak harapkan pengalaman program-program sejak 2004 yang aku buat tu, tak setandinglah dengan mereka ni).
Peristiwa 4 : Konvensyen Pengubatan Islam Nusantara
Aku akan kongsikan Ilmunya selepas program konvensyen ini ya! :)
Psssttt : Dengan penuh pengharapan, aku mengharapkan dapat melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling. (mohon doa semua agar dipermudahkan dan lulus dengan cemerlang!... Berangan nak sambung pHD pula kat Ohio University. Kalau tak dapat boleh cuba kat Universitas Gadjamada.. Bisa berbisnis juga pak..hoho >.< )
M.A.M
Satu kesusahan akan ada Dua kesenangan, Bukan cakap kosong, tapi sebuah pengalaman hitam pernah ku tempuhi. (Hayati dan fahami surah Al-Insyirah)
No comments:
Post a Comment