Rapuh seketika, untuk Utuh selamanya

Assalamualaikum..



Artikel kali ini nak menghuraikan kenapa lagu RAPUH adalah lagu tema kalian. Lagu ini dituju khas buat adik-adik PPI 2012/ 2013 :') Secara jujurnya, Uzlah kalian kali ini memberi seribu pengertian buat diri yang terkenang saat 2007/ 2008. Terimalah sebuah bingkisan cerita yang dapat memberi makna.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Masih ingatkah lagi waktu mula-mula kita bersama PPI? Kadang-kadang kita join PPI pun kerana ikut-ikutan sahaja. (pada mulanya, tetapi lama kelamaan jiwa kita tetap setia bersama PPI). Mungkin juga kita mengidamkan jawatan dalam PPI. Mungkin juga kita nak join program-program Islamik. Mungkin juga kita nak tambahkan Ilmu-Ilmu agama yang sangat kurang pada diri kita. Bilamana kita telah berada didalam Saff, maka yang seterusnya adalah gerak kerja. 

Memang pasti akan berlaku konflik, rasa tidak puas hati, rasa kecewa, rasa lemah dan sebagainya. Itulah lukisan yang terlukis dalam perjuangan indah ini. Janganlah kalian mengimpikan sesuatu yang indah dan terlalu indah sehingga lupa pada perkara-perkara kecil. Mencari persamaan dalam perbezaan memang menyakitkan. 

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Sewaktu mula-mula kita diamanahkan untuk berada didalam saff pimpinan, terlalu banyak idea-idea baru yang ingin kita lontarkan. Adakalanya ia memang untuk Ummah (pelajar UNITEN) atau mungkin juga untuk kepentingan diri kita sendiri. PPI hadir didalam jiwa kita sebagai wadah untuk meneruskan legasi pimpinan terdahulu. PPI lah teman kita tatkala kita termenung memikirkan strategi. Hingga satu tahap, mungkin juga dikalangan kita tidak mampu memikul beban yang kita sendiri mahukan dahulu. Melepaskan bebanan itu kepada orang lain atau mungkin juga membiarkan sahaja sehingga mencemarkan nama baik PPI. 

Allah akan hadirkan insan-insan yang setia bersama PPI. Jiwanya bersama abang, kakak dan adik-adik PPI. Sehinggalah dia memberikan yang terbaik untuk PPI. Insan-insan ini mungkin berada dikalangan kalian. Mungkin sebagai MT, atau sebagai Exco. Jangan terkejut jika ada yang setia bersama PPI sebagai Ahli biasa sahaja! Mereka ingin aktif bersama kalian, tetapi mereka tidak mampu. Mungkin hanya sekadar AJK kecil di setiap program yang kalian laksanakan.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Memang adakala kita merasakan hubungan itu mudah RAPUH. Perjalanan kita semua tidak lagi utuh. Hinggalah kita rasa kecewa bersama PPI dan melebihkan kelab-kelab lain yang ada. Dalam kita merasa gembira bersama kawan di kelab-kelab lain, kita pasti akan terkenang yang lebih terindah bersama teman-teman didalam PPI. Kita akan terkenang yang kekurangan PPI itu adalah kerana diri kita sendiri (mungkin dahulu kita suka menyalahkan orang lain).

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Percaya dan yakinlah, akan ada dikalangan kalian yang Tahajud dan Doanya adalah untuk kebaikan PPI.  Akan ada dikalangan kalian yang menangis kekecewaan dalam PPI. Menyesal dengan perkara-perkara yang pernah dilakukan. Kelihatan baik dihadapan orang lain, tetapi gelap didalam diri mereka sendiri. Akan ada juga dikalangan kalian yang sering berdoa pada sahabat-sahabat yang berkonflik. Akan ada dikalangan kalian yang menjadi penawar disebalik keretakkan. Carilah mereka tatkala kalian merasakan sesuatu yang tidak enak. 

Bila ada rasa kecewa dengan saff ataupun dikalangan kita, yang akan berlaku adalah ada sesetengah daripada kita mula menjauhkan diri dengan aktiviti-aktiviti PPI. Atau kita sendiri bila berkonflik, maka kita pula hanya melihat dari jauh aktiviti PPI. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, kita sangat teringin nak sertai bersama mereka. Mungkin masa sahaja yang belum sesuai. Tapi saat itulah kita akan terkenang saat-saat indah kita bersama PPI. Hinggalah satu saat, kita akan berlapang dada, lalu memohon maaf pada mereka yang pernah berkonflik dengan kita. Bila? Akan tiba masanya. (mungkin hari-hari terkakhir anda di UNITEN Muadzam)

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Saat muktamar akan tiba untuk kalian. Saat kesedihan atau kegembiraan pada waktu itu hanya anda yang tahu. Sedih meninggalkan jawatan atau sedih kehilangan kawan. Kerana apa? kerana saat selepas ini, akan ramai yang berhijrah ke tempat lain (kelab lain) menimba Ilmu, mencari kuasa, mendapatkan sokongan atau masih setia bersama aktiviti PPI. Siapa yang akan ketahui? Kamu sendiri yang akan lihat lukisan yang kamu corakkan bersama teman-teman kamu. Mungkin kesibukkan (yang kamu cipta sendiri) sebagai Alasan untuk tidak terlibat lagi dengan aktiviti PPI. 

Hingga satu saat, kamu sudah bekerja. Kamu akan terkenang kembali lukisan terdahulu yang telah menjadi kenangan. (sandarkan pada kenangan..hehe). Saat itu, kamu komenlah di artikel ni eh :) itu pun kalau blog ni wujud lagi >.<

Inilah kenangan yang kalian ada ^______^



M.A.M
Rapuh seketika, untuk Utuh selamanya >.<


Oh, Osem!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...