Assalamualaikum,
Selepas pulang dari Majelis Selawat & Zikir di Pesantren, aku tertidur dalam mobil (kereta)... hihi.. Letih kot main dengan budak-budak kat situ. Penat melayan keletah derang. Dah tu, budak-budak tu pulak bila aku cakap, dia mendengar semangat aje.. Katanya macam Upin dan Ipin... hahaha..
Bila sampai saja di rumah, terus masuk ke bilik tamu.. (lepas masuk bilik, tak perlulah nak cakap apa kan?) haha.. Aku hanya buat amalan yang sedikit, kerana aku tahu banyak manfaat dan keberkatan dalam bermusafir. Antara waktu Doa yang mustajab juga ketika kita bermusafir... Subhanallah....~

Keesokkan harinya, aktiviti bersama anak-anak kecil (budak tadika) di Pejabat Urusan AgroPRIMA Industries (Milik Ustazd tesebut/ Wak Supri). Seperti biasa, aku menjadi glamor sekejap bila diperkenalkan dengan budak-budak tu... huhu.. Tengok anak-anak Indonesia ni comel-comel jugak. Macam-macam kacukkan ada.. hehe..
Hampir seharian berprogram bersama mereka, Malam tu pula kami ada Usrah di Rumah Wak Supri. Seusai Usrah, aku pun lepak di pankin di tempat Usrah tu. Sambil-sambil minum susu kambing asli dan makan juadah yang tinggal.
![]() |
Bersama anak-anak kecil di hadapan Grha Bintang Halal Mart, milik AgroPRIMA Industries |
![]() |
Usrah ni ada juga dikalangan Pensyarah UGM, tapi tak sempat nak berkenalan..hehe |
Aku pun bertanya pada Wak supri (Ustazd),
Aku : "Wak, kata nak sambung cerita semalam tu?"
Wak : "Cerita apaan nih?"
Aku : "Ala... Bab jodoh tu. Doa yang wak nak bagi tu."
Wak : Oh... Yang itu. Ini benar-benar mahu segera menikah ni. hehe... (Biasalah kalau wak mengajuk aku macam tu). Kamu tahu doa itu apa?
Aku : Ya, sebuah pengharapan seorang hamba kepada Allah. Ya, juga sebuah impian dan pelbagai maksud juga ada.
Wak : Iya.. Sebelum kamu mulai doa ini, kamu harus mulai dulu adab-adab berdoa seperti biasa. Cuma, mulai lah doa dengan Al-Fatihah, Penghulu Istigfar & Selawat. Sambung wak lagi, selalunya pasti kamu doa begini kan?
"Ya Allah, Engkau limpahkan lah rezeki kepada diriku dan keluargaku...."
Kata wak lagi, Kalau sudah menikah? Berdoanya pasti berbedakan? Mungkin seperti ini...
"Ya Allah, Engkau limpahkan lah rezeki untuk diriku, isteriku dan anak-anakku serta keluargaku"
Kata wak, "Nah! Itulah bedanya. Bila kamu menyakini apa yang Allah sudah tetapkan, maka bila sudah pasti Istikharahnya, lansung merisik saja! Mudah kan? :) Bila kamu belum menikah, makanya kamu akan berdoa untuk diri sendiri dan keluarga saja. Tetapi, saat kamu sudah menikah, kamu mohon doanya itu untuk ramai orang disebelah kamu.
Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
"Ya Allah, Engkau limpahkan lah rezeki kepada ku agar aku dapat memudahkan urusan pernikahanku... Permudahkan lah urusan jodohku yang telah engkau tetapkan... Segerakanlah urusan jodohku jika itu yang paling terbaik untuk ku..."
Aku : Hmm.. Saya faham wak. Mungkin kerna niat saya mahu sambung S2 itu, Allah lebih tahu yang mana sih terbaik untuk saya.. Saya juga harus ada duit untuk keperluan S2 nanti ya wak. (Waktu tu masih survey Universitas Gadjamada, Yokya)
Wak : Tapi kalau menikah saat ambil S2 kan lebih murah rejekinya? Ya, kan?
Aku : Errr.. Wak ni lebih psiko dari psikologis daa...
haha... (kami ketawa bersama).. Lalu, aku pun tertidur di pankin rumah wak. Tapi aku tak dapat tahan kesejukkan di situ, kira-kira jam 3.00 pagi, aku pun bangun lalu terus ke bilik yang telah disediakan untuk aku. Aku lansung tak buka air-cond atau tingkap. Hanya merasa angin sepoi-sepoi melalui lubang-lubang yang ada diatas tingkap sahaja. Sungguh sejuk kota Yokyakarta...
MAM
Kata orang cinta datang dan pergi. Ya, Itulah cinta Nafsu. Bagi aku Cinta tetap ada. Yang pergi itu hanyalah kenangan. Kita sesama manusia wajib menjalinkan sillaturrahim sesama kita. Kita sesama Islamkan bersaudara ^_^
#Sebuah Kerya Dimanakah Daku Untuk-MU

#Masa aku karang artikel ni, aku mendapat berita bahawa Oyang (Antara Pengasas di Pesantren ini) telah meninggal dunia pada umurnya 105 tahun. Meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 Safar 1434H, 20 Disember 2012 (Al-Fatihah)
Oh, Osem!
No comments:
Post a Comment